Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, July 15, 2011

Melawat nenek di Hospital Ipoh

Dalam sejam lebih dah sampai di rumah. Lewat jam 1. Tapi aku tak dapat nak lelapkan mata semula. Mungkin sebab dah tertidur dalam kereta sepanjang perjalanan Ipoh - KL. Atau mungkin sebab masih hiba kenangkan nasip nenek...

Kami sampai di Hospital Ipoh lewat. Waktu melawat dah habis. Sudahnya kami terpaksa bergilir naik ke atas jengah nenek. Dek terpandang kelibat mak dan abah dalam wad. Aku tak perasan sungguh yang terlantar atas katil hospital tu nenda yang dicintai! Berlainan sungguh susuk dan wajah nenek. Susut berat badan. Muka sembab dan penuh birat lebam kesan cucukan jarum, untuk masukkan air dalam badan. Kulit dah lembik dan berwarna kuning.  Sekian lama terkedang sakit, tidak dirawat. Ramai yang sangka nenek sakit-sakit biasa. Siapa sangka sebenarnya nenek dijangkiti penyakit Hepatitis A!

Sebelum lawat nenek, aku kuatkan semangat tak tunjukkan wajah sugul depan nenek. Aku tak nak menangis sebab aku tak nak nenek rasa lebih sedih dan putus asa. Walaupun nampak kakak terus berjuraian air mata. Walaupun mata mak kian merah. Dan walaupun abah kerap palingkan wajah ke arah lain, sembunyikan rasa sedihnya. Aku tetap dengan keputusan, tak berserah pada emosi yang kian goyah.

Nenek.... kalaulah tahu begini keadaannya, memang aku paksa nenek dihantar ke hospital lebih awal. Tapi apa kan daya. Aku kira, inilah suratannya. Agar kita yang masih sihat ini, sedar dan lebih berjaga. Supaya kita tidak mengabaikan orang tua kita. Supaya kita wajib sentiasa ambil berat pasal orang tua kita....

6 comments:

Soo Bakery said...

Smoga Wan terus tabah menghadapi cobaan dari NYA..byk2 lah berdoa Wan

Wan_hazel said...

sabar kak..semua nya ketentuan NYa..Berserah dan terimalah hakikat ..ada hikmah semuanya kak

aiDieNa said...

Sedeh.. terkenang arwah Abah menderita hepetitis C.. tabahkan hati yer Wan..

AcuRose said...

Byk kan doa dan bersabar ok wan. Harap2 nenek wan cepat sembuh, insya'allah. Take care wan.. rindu gak lah nk balik ipoh :)...

Em's Family said...

semoga Wan dan keluarga banyakkan bersabar, dan banyakkan berdoa untuk kesihatan nenek ye..

Salina@IbuAqil said...

Semoga wan kuat.. Insya'allah!! Allah swt tahu apa yg terbaik utk nenek wan.. Semoga dipermudahkan segalanya buat nenek.. Amin!!