Wan Fatimah namanya. Kadang kala kalau aku nak mengusik nenek, aku panggil nama penuhnya... "Ala Wan Fatimah...blablabla..." Lepas tu boleh tengok reaksi spontan nenek. Tersipu-sipu sebab segan dipanggil namanya. Lebih menarik tengok sengih panjang tunjukkan baris gigi palsunya.
Sekarang hati aku sedang rungsing kenangkan nenek yang terlantar di Hospital Ipoh. Nenek dah uzur. Mak kata, nenek dah tak nak makan. Badan dah kurus benar. Makan tak lalu, nak bercakap pun tak mahu. Agaknya terlalu letih sebab tak cukup makan. Takde tenaga. Apa yang pasti nenek dah tak sesihat dulu.
Harini segala kerja yang aku sentuh tak menjadi. Aku asyik teringatkan nenek. Seolah-olah terdengar suara nenek panggil nama aku. Terbayang-bayang kelibat nenek mengisi beras dalam buluh. Lazimnya kalau nak dekat raya, neneklah paling rajin bantu abah sediakan bahan lemang. Nenek sediakan bahan-bahan dan abah yang bakar lemang. Kalau nenek dah mula kerja. Tekunnya bukan main. Bersungguh-sungguh nenek usahakan. "Nak bagi anak cucu makan..." katanya...
Biasanya masa kecik-kecik dulu. Nenek suka tidur berderet dengan cucu-cucunya. Kalau tidur di sebelah aku. Nenek suka ulit-ulit kepala dan bersenandung syair-syair lama. Lagu lama ni kita yang muda tak kan tahu rangkapnya. Orang lama pun banya dah lupa lirik asal. Kadang-kadang nenek bantai je mana-mana lirik yang dia ingat. Asal lepas iramanya, jadilah. Walaupun suara nenek tidaklah merdu, tapi mengulit mimpi juga.
Kalau mengulit baby tidur, lagu itulah juga nenek senandungkan. Kadang-kadang timbul rasa jengkel juga sebab lagu lama ni agak pelik didengari. Kadang-kadang rasa lucu pun ada. Selalunya, aku dan adik beradik lain sukalah mengusik nenek tiap kali dia nyanyikan syair lama tu. Tapi harini, aku rasa teringin sangat nak dengar suara nenek senandungkan lagu tu lagi. Rasa teringin nak rasa jari-jari nenek pegang dan usap kepala aku macam masa kecik dulu. Syahdu sangat.
Sebak sangat. Sesungguhnya rasa rindu teramat kat nenek. Ya Allah... Lanjutkanlah usia nenek. Berikanlah kesihatan yang baik pada nenek. Berilah masa buat kami hargai detik-detik bersama nenek.... amin...
11 comments:
Akak...Wan doakan akak kuat dan tenang selalu..Dan Wan doakan yang terbaik untuk nenek akak..Tuhan dah atur semua nya..Kita redha dan berdoa je..Wat masa nie..akak berdoa lah untk nenek..ada masa akak jenguklah nenek ye..
akak kalau ada apa2 yg jadi nanti harap akak tenang dan redha..ketentuan Tuhan kak..jgn fikir negatif k..senyum kak..
Maaf kan Wan law ade salah cakap ..Wan cuma nak berikan akak semngat je..
Akak tak tau nak cerita macam mana. Kadang2 rasa bersalah sebab tak balik cepat. Tapi sebelah hati kata takpe, tabahkan hati dulu. Akak cuma berdoa, nenek akak panjang umur dan sempat jumpa dengan dia. Berbelah bahagi dengan kecamuk perasaan. Nak kenalpasti kawan susah dan senang, saat kita berduka, bolehlah tengok kawan mana yang benar ikhlas dan prihatin tentang kita. Trimas Wan...
Wan, serius ina menangis baca entry wan ni.. Sebab saat2 akhir arwan nenek ina x smpt jumpa dia waktu dia hembus nafas terakhir.. Masih ina ingat pesan dia.. "Nanti dah ada suami ros kena ingat.. Tiap2 hari wajib bangun pagi mulakan senyuman bila dia pandang wajah ros.." Dan nyata dia x smpt tgk cucu dia yg dia plg2 risau {disebabkan penyakit ina dari kecil tu} ni naik pelamin.. Dia risau x ada lelaki nak jadikan cucu dia ni isteri dgn keadaan yg x smpurna mcm wanita2 sihat yg lain.. Wan kuatkan semangat ye.. ;)
Trimas Ina... mmg wan rasa resah sepanjang hari. semua kerja xjalan. asyik teringat kat nenek. Wan harap sempatlah jumpa nenek sblm apa2 jadi. Nauzubillah... bkn wan minta. tapi petandanya dah banyak. sbb tu wan takut rasa ralat kendian hari sbb terlewat. smga Allah berikan ksempatan buat wan. Trimas berikan smngt kat wan, Ina... hargai sangat2.
betui tuh ... tiap kali raya tok/nenek la paling sebuk ... sbb diorg nk bg anak cuc hepi... aku pun rindu gak tok aku
Wan pernah alami apa ayg akak rasa..sebak..rasa macm nak putar je waktu tu...dan kalau kita punya kuasa kita tak nak semua bende buruk jadi..Insya Allah akak sempat jumpa tu..Tuhan uji hamba yang Dia Pilih...
moga nenek wan cepat sembuh ya!
me tak pernah rasa ada nenek sbb both my nenek mati muda--my parents dua2 anak yatim..
akak pun sama mcm salina- nak nangis bila baca blog wan ni..teringat2 kat arwah nenek yg ku sayangi..akk lebih rapat daripada mak sendiri, sebab masa kecik2 duduk dngan nenek..bila dah besar2, nak minta duitpun dngn nenek dulu..
Bila dah mula2 dapat kerja dulu - dah peruntukkan duit berapa % utk bagi kat nenek..(konon2 nk balas jasa dan pengorbanan dia) tapi baru beberapa bulan kerja - nenek telah pergi Menemui-Nya..
Insyallah - kita doakan semoga nenek wan akan pjng umurnya lagi..dan selagi ada kesempatan, baliklah jenguk dia sementara dia masih ada di dunia ini...
adik ila rapat dgn nenek tp ila tak sanagt...
my nenek pon camtue, kalau sebut full name, dia tersipu2... i miss my grandma too :(
Post a Comment