Nuffnang

Followers

Friday, August 26, 2011

Dedikasi buat suamiku~ Salam Aidilfitri

Aku bukanlah sang isteri yang romantis walaupun dalam hati masih ada naluri puitis. Jarang sekali titipkan kata-kata sayang berbunga pada suamiku. Tidak menunjukkan secara terang-terangan rasa kasih ini. Hanya mainan kata yang dapat menggantikan bait lisan. Lalu terdetik sertai pertandingan anjuran Perodua. Lebih ikhlas lagi best. Peraduan melalui facebook. 

Termangu seketika di depan PC. Untuk siapa ucapan harus diberi? Aku tak terus membaca ucapan peserta yang lain. Bimbang dipengaruhi idea dan emosi mereka. Lalu timbullah sebuah ilham. Ada sebuah ucapan yang terbit begitu saja dalam kepala. Ia tulus dan jujur dari hati. Dan ucapan ini kutujukan buat suamiku. Seikhlas hati kesampaikan nota ini...

Dalam beberapa hari kemudian, aku terima email dari pihak Perodua, menyatakan ucapan aku disenarai pendekkan dalam 10 peserta. Alhamdulillah... Tak sangka ucapanku dapat menarik hati juri buat penilaian. Sayangnya beberapa hari kemudian, sekali lagi Perodua memaklumkan padaku melalui email. Ucapanku tak terpilih di kalangan 4 peserta akhir yakni, pemenang. Terbit sedikit rasa terkilan. Namun selebihnya aku pasrah dan berpuas hati. Terpilih di kalangan 10 peserta suatu penghargaan besar buatku. Kerana ramai sangat yang sertai.  Dan pesaing-pesaing menitipkan pelbagai ucapan hebat-hebat belaka. Syabas bagi setiap peserta.

Niatku nak jadikan perkara ini 'surprise' buat suami. Andai ucapanku terpilih, ingin ku bingkaikan dan persembahkan dalam bentuk nyata padanya. Inilah ucapan sempena aidilfitri ini. Namun segalanya suratan Ilahi. Memadailah ucapan ini kutitipkan sebagai nukilan melalui blog ini. Sekurang-kurangnya ia termaktub dan tersimpan dalam blog. Dan boleh dibaca berkali-kali. Khususnya buat suamiku.

Sertai peraduan kadang-kadang boleh menginsafkan sanubari. Walaupun ia hanyalah untuk suka-suka, melalui contest ini misalnya. Membuka pintu hati suarakan luahan rasa... Salam Aidilfitri...

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

feewit...tiada yg lebih indah kata2 selain dr kata2 puitis dr seorang isteri yg sgt mengasihi suami :)

Eliss said...

romantis :) selamat hr raya wan :)