Nuffnang

Followers

Saturday, August 6, 2011

English Tea House and Restaurant yang unik dan besh!

 
Ini kisah tahun lepas. Tapi rasa besh jugak nak share dalam blog. Kalau kalian ke Sandakan, Sabah. Jemputlah bertandang ke English Tea House and Restaurant. Memang sebuah tempat persinggahan yang sangat menarik. Disamping menjamu selera ala bangsawan Inggeris, kita juga dijamu dengan suasana tenang dengan perincian lanskap dan rekabentuk restoren ala inggeris yang menarik dan besh! Terkini, English Tea House and Restaurant telah dibuka di Kota Kinabalu. Bolehlah pilih menikmati hidangan ala Inggeris di kedua lokasi ini.

Inilah laluan masuk ke dalam English Tea House and Restaurant. Pengunjung boleh menikmati makanan di dalam gazebo di laman padang. Sambil-sambil boleh menikmati panorama luar. Disebabkan restoren ni terletak di atas bukit. Memang besh dapat tengok suasana bandar dan laut di bawah sana.

Menu istimewa untuk jamuan petang ialah set crumpet. English Tea House and Restaurant tak menyediakan hidangan dengan daging babi.  Menariknya bukan sahaja hidangan western, rasa asian pun ada disediakan. Antara hidangan yang menarik ialah, Fish & Chips’ and ‘Shepherds Pie, rendang daging, Homemade soups, pelbagai hidangan pasta, British puddings dan lain-lain lagi.

Damia memang menikmati sesungguhnya suasana di sini. Siap minta dihidangkan minuman dalam cawan. 

Menariknya kat padang English Tea House and Restaurant turut menyediakan permainan macam ni. Aku tak ingatlah apa jenis permainan ni. Sapa tau, leh share eh!


Besh layan panorama di sini. Jom jengah beberapa scene menarik di sini.


Pelayan dengan pakaian ala Maid yang cute! Antara item-item lama dan sijil penghargaan  turut dipamerkan di beberapa sudut. Suka tengok barang-barang klasik kat sini. Benda yang tak pernah dilihat pun ada.

Pakaging tapauan. Cute kan!

Sedikit maklumat berkaitan. English Tea House and Restaurant ni diinspirasikan oleh Agnes Keith house yang terletak di Sandakan. Berdekatan saja dengan restoren ni. Sekarang rumah tu dah jadi muzium. Bolehlah kalau nak melawat ke rumah Agnes Keith sekali. Lokasi English Tea House and Restaurant Sandakan, Jalan Istana, berdekatan dengan muzium Agnes Keith. Lokasi English Tea House and Restaurant Sandakan Kota Kinabalu berdekatan dengan Cock & Bull bar, Jesselton Point.

 Untuk maklumat lanjut boleh layari laman ini:

4 comments:

Mama Zharfan said...

nice and serene :)

AyuArjuna BiGoshh said...

cantekkkkkkkkkk

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

alahai comelnya damia.. cantik tempat tue..

cikceriacorner said...

cantiknye tempat tu..best2...:)