Wah..... dah lama rasanya tak membebel. Sejak dua menjak kepala celaru dengan pelbagai benda nak pikir ni. Memanglah rasanya masa nak membebel pun tak dapat diperuntukkan. Tapi untuk elakkan rasa mengantuk gaban ini, aku layan je la tangan. Menulis apa yang sempat.
Teringat masa mula-mula menulis blog dulu. Aku jenis penulis yang suka ikut perasaan. Apa yang aku rasa nak tulis, aku luahkan je. Apa yang penting tak penting semua aku nak cerita. Hatta cerita pasal menu apa aku masak pun gigihlah nak karangkan sekali. Siap upload gambar, sebagai bukti :P Tapi sekarang aku dah malas bebenar nak menulis yang bukan-bukan. Bukan-bukan bermaksud, entry yang mengandungi unsur belah bahagi yang boleh menimbulkan syak wasangka. Entry yang boleh mengundang kontroversi ataupun menaikkan amarah pembaca.
Hinggalah berlaku satu insiden dalam dan luar hidupku. Maknanya dunia nyata dan dunia maya serentak. Siapa yang aku rujuk? Makkkkk jugak. Cerita kat kawan, tak boleh blah... lagi nak buat aku marah. Sudahnya mengadu kat mak. Menjejer-jejer air mata hakak, tau... Sedihlah, apa lagi. Kecewa dan marah toksah kata. Sampai menulis entry memarah tak tentu hala. Kalau korang pernah terbaca, nasiplah. Nampaklah sisi hitam diri aku. Geram wooo... Rasa kena tindas gila-gila manalah boleh tahan hati kan....
Nasihat Mek Yah yakni mak aku senang je... Toksah menulis yang bukan-bukan dah. Tulis je benda general yang orang takkan terpengaruh dengan emosi kita. Tulis benda yang happy-happy walaupun hati sedang walang. Makanya itulah yang aku buat..... Cerita pasal contest manjang sampai orang naik jelak. Huhu... Sampaikan aku terfikir... Manalah perginya 'wansteddy ni...' Maknanya aku yang dulu. Kadang-kadang rasa gatal jugak jari jemari nak menulis entry lepas geram! Tapi aku kawal napsu... Tulis jugak... Buang masa bersenam jari menaip laju-laju... Orang tengah marah.... Pastu habis menulis, aku preview dulu! Memang habit tiap kali aku menulis blog. Pastikan takde ayat yang silap. Kecuali mengarang dari iPhone, xdapatlah nak preview kan... Selepas baca semula.... Aku delete!
"............."
Sunyi sepi...
Efek burung gagak di belakang... Kuak kuak kuak......
Ye... Lebih baik aku delete dari aku publish benda yang boleh menyakitkan hati orang lain. Walaupun bagus kita jujur. Bagus kita luahkan perasaan negatif tu. Tapi itu semuanya bagus yang bersifat sementara.... Sebab sekali pembaca baca entry negatif dari kita tu. Sampai bila-bila dorang boleh label kita 'bermulut puaka'. Ataupun berhati durjana. Walaupun belum tentu mulut kita sekejam jemari kita. ehehe.....
Jadi kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Kita boleh menegur. Kita boleh memerli. Kita boleh tulis aaaaaaaapa saja yang kita rasa kita patut dan suka tulis. Tapi hakikatnya.... orang lain menilai hasil penulisan kita tu. Fikir-fikirkanlah ye... ;P
Jadi kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Kita boleh menegur. Kita boleh memerli. Kita boleh tulis aaaaaaaapa saja yang kita rasa kita patut dan suka tulis. Tapi hakikatnya.... orang lain menilai hasil penulisan kita tu. Fikir-fikirkanlah ye... ;P
13 comments:
ya!!betul tu..:)
Wan, kita dah fikir masak-masak...hurmmm...hurmmm...memang betul!!! Hee hee :D
Samalah ngan intan wan, masa memula start dulu ingat benda nie mcm diari online je and boleh tulis apa saja yg kita suka but after a while baru lah eden realised the ugly side of blogging if benda2 mcm tu berlaku.
Alhamdulillah never happened to me but still bila kita tulis benda yg elok2 and happy2 pon still akan ada org yg dengki dan nyampah dengan apa yg kita tulis.
Yg penting kita enjoy dan happy dgn apa yg kita tulis kan ;)
BabyIntan’s new n3:
Siapakah Gerangan Pemakai Bunga Ini?
Siapa Yg Terover Seksi Tu?
Mira ;D
Baby intan ~ org yg dengki ni ada masalah hati. Tapi yg perlu kita risaukan org yg jenis bermuka2. Depan baik blkg hentam kita! Wush.... Nauzubillah.... Kdg2 dlm blog kita cerita lain, dorg gigih twist cerita. Tu la masalahnya dgn blog ni. Kdg2 blh buat org slh fhm dgn niat kita menulis tu ;(
wah kak sama je lah style kita kak....Wan pun kadang2 nak hentam je blogger yang menulis macam jemari puaka tu..tapi bila fikirkan balik..ape je lah beza kita dgn mereka yang mcm lalang mengikut je..org kata tu..itu lah.org kata nie ini lah ..padahal tu semua fitnah yang dikarang dgn hati bnapsukn amarah..
Wan dulu pun slalu je cerita yg bukan2 dgn ayat sasterawan negara bsurat sirat..sampaikan ada yg tak mengerti..
entah lah bila digodek2 lagi entri lama macm malu lak nak mengaku hasil tgn sndri padahal semua tu sendri yg tulis..
amat tertarik dgn tajuk akak..
"Pembaca menilai peribadi kita melalui entry kita:"
terus trang wan cakap..wan rindu dgn entri akak..asyik2 kontes je memanjang..ehehehe
Betul tu. Cerita dalamam toksah la cerita. Tp cerita happy and jalan sana sini wajib cerita. kekeke..
wah panjang membebel wan.. entry contest pun ila suka barulah ila tak patah semangat nak bercontest. tapi wan dah kurang sgt citer pasal damia..citerla sikit2.. amkla gbr dia banyak2..hehe
for personal blog, entry kan bebas..terpulang pada discretion blog owner...me suka baca entry psl contest kat blog u ni..inspiring!! lain org lain taste kan...and me jenis tak suka guna blog utk lepas perasaan marah or geram, tp ada lah jugak once in a while :)--masing2 ada hak kan :)
happy blogging!
Wan_hazel ~ kdg2 akak menulis gak wan. pastu save dlm blog n lupa nk publish. ble jadi entry pekasam... akak delete! hahaha... mmg ikutkan nk je menulis pnjg lebar cam dulu. Tp kdg2 luahkan perasaan, org xsuka. kita lak kne smash balik! xsemua org suka pandangan kita hatta benda tu baik. Susah nak memahamkan org dari sudut pandangan kita. Cumanya kalau kita ikhlas dlm berikan pandangan tu, insya'allah ada yg faham. xdapat 100 org faham, sorang pn jadilah! Trimas banyak2 atas galakan n sokongan wan. kadang2 ble mood beblog mati. wan hazel la jadi sumber inspirasi akak bangkit semula. walaupn masih muda, akak hormat wan sama level dgn sifoo2 akak. Thanx Wan...
Liza ~ ble yg negatif kita paparkan, dlm secara xlangsung kita heret pembaca juga berfikir dr sudut negatif kan ;)
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ kdg2 rasa mlas bebenar nk share. walhal nu dok ada setambun lg hadiah xamik gambar. tp sbbkn kenangan. gigih jugaklah update :(
Mama Zharfan ~ yup, bebas. tp still kena elakkan dr lukakan hati org lain kan ;) wan dah belajar dr pengalaman. dlu belasah je kalau rs xpuas hati dgn org. skrg.... sabar kunci segala kebaikan :)
Post a Comment