Nuffnang

Followers

Friday, August 19, 2011

Won 2nd Kiwi Kleen Hamper worth RM100!

Alhamdulillah minggu lepas selamat ambil hamper Kiwi Kleen bernilai RM100! Sempena sertai contest bulan Mei 2011 Malaysian Women's Weekly. Ini hamper Kiwi Kleen kedua yang aku perolehi tahun ni. Hadiah yang lebih kurang sama aku terima. Cuma takde 3 in 1 dehumidifier atau penyedut habuk. Ada aku kisahkan kemenangan tu dalam entry bertajuk: Won Kiwi Kleen Hamper worth RM100!

Antara barangan yang diterima. Memang penuh satu beg, siap terkoyak lagi! hahah... Hadiah yang sama diperolehi oleh Kak Suziey.Tahniah Kak Suziey ;) Hamper lama pun tak luak lagi. Siap agih-agih kat famili pun dok penuh kat situ jugak. Alhamdulillah... Untuk beberapa bulan ni bolehlah jimat kos belanja dapur.

Ini amoi la paling sibuk nak mengemas haritu. Sessi photoshoot hadiah terpaksa dipercepatkan. Tak dapat nak shoot satu persatu hadiah sebab gangguan teknikal dari anak dara ni. Aku susun elok-elok, dia nak bagi 'elok' lagi... "Ha... ini macam ni mummy... macam ni mummy.." Sudahnya dapat ambil beberapa keping gambar je la.... Hahaha...