Sedikit paparan sessi photoshoot di Putrajaya lepas. Jurukamera yang dipilih, rakan sekerja. En. Yudas dari blog FotoFantasi. Takde masalah nak posing bagai nak rak! hehe... Kalau tidak, seganlah jugak. Hakakkan pemaluuuu.... miahahahaa... Jom tengok hasil tangan Yudas...
Mulanya kami bergambar di Masjid Besi, Putrajaya. Mujurlah cuaca baik. Tidak mendung tidak juga panas. Jadinya sepanjang masa kami lebih santai, dan kurang berpeluh. Selain berpeluh sebab pakai baju raya! hahaha... Kantoi sudah, baju raya sudah expose! hehe...
Bila suami isteri berposing, ada pula interframe si anak kat belakang! Hahaah... ironi sungguh! Tapi scene ni memang besh. kekeke...
Damia segan nak posing. Puas pujuk bergambar, jenuh nak ajak dia bagi kerjasama. Agaknya malu-malu kucing dengan orang yang tak dikenali. Tapi masuk sessi bergambar dengan Mamypoko... dialah berposing nombor satu! Sampaikan Yudas cakap... "Damia ni boleh jadi model produk ni!" hahaha... Gambar ni, masih malu-malu lagi.
Ala-ala gambar 90-an kan? Suka tengok gambar ni. Ada 3 gambar yang aku suka nak muatkan dalam contest facebook Mamypoko. Tapi akhirnya gambar ketiga jadi pilihan sebab gambar-gambar lain kurang sesuai sebab ballon menutup muka vouge hakak.. huhu...
Ini gambar kegemaran aku. Suka tengok aksi Damia yang ceria bergaya tu. Memanglah 'anak Mamypoko.' Sana sini diangkutkan pek Mamypoko tu ;)
Inilah gambar yang dipertaruhkan. Kalau korang nak tengok entry contest aku tu. Boleh klik link ni. My Mamypoko Peraduan Jom Balik kampung bersama Mamypoko. Tolong vote sekali ya! Hari-hari kalau boleh. Sebab contest base voting ni. Hakak takde menaruh harapan tinggi. Tapi harapnya juri fokus lebih perhatian pada entry yang kreatif kan ;) Apa pun doakan hakak berjaya. Ini adalah entry contest vote terkini yang akak join. Dah lama ko... tak join voting contest, majukkkk sukar dipujukkk... hehe...
Pose di Pullman Putrajaya Lakeside. Ironinya tak berapa bulan lagi kami akan bekerja dan tinggal di Putrajaya. Tapi lokasi photoshoot pertama kami kat Putrajaya jugak! hahha... Kalau korang tak pernah ke Pullman Lakeside ni, bolehlah berkunjung. Memang menarik. Senibina tradisional melayu dan ala arab jelas perindahkan pemandangan. Lokasi tenang dan aman sekali. Seronok berposing kat sini ;)
Sessi Photoshoot keluarga ditaja oleh hubby. TQ my laling! Dah lama kita tak melaram gini kan. Last posing sakan masa majlis bersanding dulu je huhu... Terima kasih daun keladi pada Yudaz yang sudi ambil gambar kami. Kalau berminat nak dapatkan khidmat Yudaz, bolehlah hubungi beliau di FotoFantasi.
14 comments:
Auwww...suka tengok gambar uols berdua posing tu!
Damia, nape damia nak enterprame gak bila ibu dan daddy posing tu sayang...hee hee...jeles ye, mesti nak masuk kan kan :D
BabyIntan’s new n3@ Siapa Yg Terover Seksi Tu?
nice kak epa!!! caya la..
wan: ne tak tipu wan nampak kurus..masa ne pakai PB ke??
BabyIntan ~ sana sini dia interprem. paling2 nampak se'coit tang rambut! hahhah...
mieraminho95 ~ hohoho
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ on PB ni cik Ila... xpakai PB, kain baju xmuat you... terbonjol sana sini >< huhu...
siyes sgt cantik!! memang PS puas ati kan kualiti picnya :)
comel je gambar yg dmia kat blakang skali tu..ehhee..wan dah vote dah kontes blik kampung tu kak..
hehehhe comel2
Mama Zharfan ~ dia ni designer juga. tp mmg pandai shoot gambar ;)
Wan_hazel ~ haih... suh bergmbr dia malu! tp ble mummy n ayah nk posing, sibuk jer interframe! hahha... tq bnyk wan ;D kaau boleh tlg vote hari2 ya...
Lelord ~ pening nk layan karenah anak. baru sorg, kalau ramai nak atur... confirm lagi pening! hehe
cantik! hahaa..klaka damia nyelit kt blkg
isyh bestnyer berposing sakan gitu tapi kalau akak memang takler kot... malu weh...
tapi memang gambar cantik2 belaka..
Post a Comment