Rasanya dah berbulan tak sertai contest vote base. Akhirnya hari ini aku turunkan taboo tersebut semata-mata kerana Mamypoko! Ya... contest ini anjuran Mamypoko. Tiap-tiap tahun mesti mencuba, walaupun banyak terlepas beberapa contest anjuran Mamypoko sebelum ini. Kali ini berdasarkan penyertaan kreatif dan vote terbanyak pulak. Bagi yang dah kenali aku ---> seorang comper anti vote contest. hahah... Memang tak boleh nak terima sebarang syarat melibatkan vote contest. Aku baca syarat saja dah stress, apatah lagi kalau hari-hari kena turun padang raih undi.
Pertama kerana aku segan. Keduanya kerana aku sibuk, banyak tugasan lain yang menuntut lebih banyak masa. Ketiganya kerana malas. Dan kalau dah ada penyakit M tu, susah la sikit pelan raih undi berjalan lancar. Namun baru malam pertama, dalam tempoh tak sampai dua jam. Ada juga kenalan facebook yang sudi klik undi. Alhamdulillah... Terima kasih kawan-kawan. Aku tak dapat nak balas jasa semua orang. Tuhan saja yang mengetahui dan boleh membalasnya dengan setimpal insya'allah...
Gambar yang dipertaruhkan. Cadangnya nak ambil yang satu lagi. Tapi... kotak bubble tenggelamkan muka hakak pulak huhu... sayang... sayang.... Ingat teaser raya sebelum ni? Cadangnya nak buat photoshoot keluarga. Tapi alang-alang menyeluk pekasam. Aku togok airnya sekali. Maka aku siap bawa prop , beg travel dengan segala stok pampers milik Damia. Props sempena sertai contest ini. Gigih sekali kan? Banyak koleksi gambar yang dirakam. Aksi balik kampung dengan Mamypoko lagi banyak. Lucunya sepanjang sessi shooting, hanya sessi dengan Mamypoko ni saja Damia sporting habis-habisan. Siap posing mengalahkan model, you! Nantilah bila berkesempatan aku share gambar-gambar lain.
Hari ni entry meraih undi. Wahai kawan-kawanku yang dikasihi sekalian. Silalah vote entry hakak ya. Walaupun sedar aku dah jauhhhh ketinggalan. Walaupun sedar follower blog dan Facebook aku tak ramai. Manatau ada magic... menang saguhati pun jadilah... hahhha...
Ini link contest penyertaan aku. Sebelum tu mesti like My Mamypoko facebook ya ;D
Wish me luck!
8 comments:
As-salam..
Nida dah like... semoga berjaya :)
id fb: Nida Muhammadon
Good luck Wan!!
ok nanti ila vote.. tp ila cuma bkesempatan vote weekend je.. FB block.kalau tak hari2 vote kengkawan
Nida ~ waalaikumsalam Nida, terima kasih banyak ya. kalau Nida join, jemputlah tglkan link entry sama. boleh wan tolong votekan hari2 ;)
Terima kasih Liza ;D
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ sama la kita, tp ada caranya nak hack block FB tu. jap g wan pm Ila ;)
ok kak wan. good luck.
dah undi dah td >_<
kita dh vote..insyaallah akan vote hari2 good luck
Post a Comment