Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, September 26, 2011

Bebel penuh rungsing

Lama sudah tak hadap blog. Aku rasa rinduuuuu nak membebel! hahhaha... Baiklah, berita baiknya, mak abah dan anak saudara datang ke Kuala Lumpur. Esok aku cuti. Mak abah ada urusan nak uruskan hal wakil haji buat arwah nenek kat Selayang. Syukurlah dekat saja dengan rumah.

Berita tak berapa beshnya lusa hubby kena outstation! Jenuh aku memikirkan problemo aku nak hantar Damia ke taska dan aku meredah jem menjela setiap pagi hahaha...

Pasal naik kenderaan awam, hakak tak ambil pusing. Biasa dah telan asap hatta duduk dalam bas je ber'air cond pun. Tapi bahagian nak hantar Damia ke taska yang jadi masalah sikit. Jauh tak jauh sangatlah tapi penuh cabaran. Sebab banyak anjing liar berkeliaran sekitar perumahan nak ke taska Damia tu. Kang ada pulak kejadian marathon anak beranak dikejar anjing! Hui... jangannnnn! Hakak memang fobia dengan anjing. Nampak dari jauh pun automatik aku jadi kaku. Berjalan ala robot. Elakkan eye contact kekonon dengan cara tu anjing tu tak amik kisah pasal aku! hahahha...

Eh! banyak bendalah nak tulis dan kongsi. Tapi aku malas mengarang. "Besok-besoklah!" Ayat lazim pabila aku sudah malasss hahahahah


1 comment:

AyuArjuna BiGoshh said...

hik hik bebellah wan ada juga tempat meluah rasa :)