Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Sunday, September 18, 2011

Contest design header- Malasnye nak joinnn...

Malas oh nak join contest design-design blog, logo atau header blogger lain. Walaupun tawaran hadiahnya lumayan... Walaupun dah banyak terima mesej cadangkan dan ajak aku join dari kawan-kawan. Serik! Header contest design pertama dan terakhir yang aku menang pun anjuran Malaysia Giveaway. Sekarang admin blog tu dah jadi satu geng dah. Kebetulan sama-sama pangkal nama bernama Wan dan minat hobi yang sama, join contest ;) Sangat-sangat hargai kesudian Mira, kekalkan design hasil kerja aku sampailah sekarang dalam blognya.

Selebihnya? Jenuh cari idea, perah otak design bagai nak rak, yang menangnya geng-geng mereka juga. Faktor berat sebelah. Contest base kreativiti sangat subjektif. Kadang2 cantik dan betul konsepnya di mata kita. Tak disukai penganjur pula. Nak-nak penganjur yang suka dengar pendapat pembaca atau atas sebab ada kepentingan. Kepentingan yang merangkumi banyak faktor juga. Pilih pemenang berdasar populariti, kenalan atau bakat? Tepuk dada tanyalah selera.

Penganjur bikin contest pun atas banyak faktor. Tentunya ada kepentingan. Walaupun ada cakap-cakap yang menunjukkan rasa tak puas hati sama ada secara terbuka atau sok sek sok sek... Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing, sebenarnya. Bab tu kita tak boleh lupa. Besar kecil hadiahnya, kalau sudah rezeki Tuhan nak beri, dapatlah. Kalau tak berjaya, cuba lagi. Kalau ada hati nak join lagi. Atau tidak.... Jadilah macam aku. Malas nak join, bahasa cantiknya. Merajuk sukar dipujuk jawapan luhurnya! ahahhaha... pompuan ini (sambil menuding jari ke muka sendiri) memang sensitip ya robbi. Sukar dikawal! akekekeke....

Kita tengok selama mana aku boleh bertahan dari tak join contest2 design blog ni hhaahaha.... Ikut mood, idea dan rajin tak rajin sebenarnya :)

4 comments:

Mama Zharfan said...

eyriqazz ada buat contest utk his new blog header jugak kan..join lah wan :) rugi sia2kan bakat tu :) me zero talent :p

Wan_hazel said...

wan setuju banget..biasalah kak..kadang2 penganjur nie berat seblah..dan kadang2 ade yang tak tahan kene kipas..mudah sgt nak cair padahal design macam tak layak untuk menang,,

walaupun kadang2 dlm syarat2 cakap tak guna vote or pape keputusan kdng2 berat seblah gak..entah lah kenpa Wan pun tak taw..Wan slalu gak join kontes design nie..jrg sgt nak menang mungkin sebab design tak cukup cantek kot..ahahha..

Dan ade gak penganjur wat contes sampai skrang hadiah wan tak sampai2..ingat lagi wan kontes header menang rm100..wan dpt tmpat pertama tapi sampai skang tak dgr khabar..

Pihak pnganjur pun sesptut nya bertanggung jawab kan..

pape pun rezeki dari Allah tu tak pernha putus kalau kita berusaha kan kak..

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ myb xjoin kot. ada yg sampaikan kat wan dulu bro ni pernah kritik design header wan, so kena fhm2 sndri kot. Xsemua design wan masuk selera org lain haha...

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ Payah nk puaskan hati semua pihak Wan. Akk dah bnyk kali terkena sbb tu rasa fedap kdg2. jujurnya nak buat design blog pn dah xde hati. Bayaran xsetimpal dgn kudrat yg kita usahakan. Masa, tenaga, idea terbuang cmtu saja. Pernah gak akk tgk hasil karya akk yg kalah (xterpilih sbg pemenang pn) tup2 up jd header blog dia. Sedangkan header yg menang tu dpt hadiah, tp akk dpt habuk! hahaha... terkilan tu tetap terkilan. bkn nk kejarkan hadiahnya. berapalah sngt kan. tp bila ada yg sudi hargai karya kita, itu lebih dr memadai. rs besar je hati dsgn utk org :D