Nuffnang

Followers

Thursday, September 22, 2011

Horoskop: baca boleh, percayanya tidak

Aku bukanlah seorang yang percaya perkara tahyul. Horoskop. Feng shui segalanya. Tapi sekali sekala aku ambil baca juga untuk suka-suka. Hari ni beli saja InTrend benda pertama yang aku cari, horoskop! Buang tabiat ke apa... Sebab kebelakangan ni aku  memang alami stress, maka aku nak tengok kesahihan horoskop aku tu heheh...

Aku warga Sagittarius: 
22 November hingga 21 Disember

"Kamu umpama bintang kerana semua perhatian tertumpu kepadamu."
Er.. aku tak fikir macam tu. Kalau iya pun mungkin hanya melalui blog kisah-kisah pasal kemenangan kecil dan pasal perihal drawing baru. Selebihnya tidaklah berkilau. Gigi karat ;P

"Juga ada peluang untuk kamu mengembangkan karier, namun kamu masih ragu-ragu."
Ini memang hampir dengan situasi aku. Ada dua perkara yang boleh kembangkan kerjaya aku. Salah satunya kerja design dan satu lagi jualan MLM Premium Beautiful.. Jenuh aku berfikir sama ada nak buat pelaburan atau tidak. Untung atau rugi? Tabah atau malas aku nak berniaga? Apatah lagi aku memang tak kuat bab perhubungan awam hahah... Jenis tak reti berniaga dan memaksa. Sadisnya kalau berniaga, aku plan nak bagi harga ahli dan bagi bonus aku pada pelanggan! Sebab tak nak dorang berhutang lama.  Kesian... Fikir punya fikir... Itu bukan menyenangkan aku. Sebaliknya membebankan aku pula kendian hari. Bak kata kawan aku. Nak berbuat baik pun kenalah berpada-pada jangan sampai kena pijak kepala! Situasi yang aku terkena dengan kerja-kerja design :P Itu perihal lain. Malas nak citer!

"Cerita cinta kamu sangat romantis, terutama kala si dia menghabiskan masa bersama."
Er... Aku sibuk buat drawing. Kalau berjaga malam, sampai ke subuhlah aku melukis. Kalau tertidur awal, sebelum jam 12 tengah malam berjaga hinggalah sekarang. Tak tidur-tidur. Bengong dah kepala ni huhu... Hubby banyak tolong uruskan anak. Mujurlah dia faham. Sempat aku bercerita masalah yang aku hadapi dengan kerja design tu. Bagi yang belum tahu, hubby aku pun designer juga ;)

"Bercerita mengenai kerjaya, kamu semakin bersemangat sehingga tidak ada apa pun yang mampu menghalang. Namun kamu bakal berhadapan dengan masalah rakan sekerja yang menyebabkan kamu hampir hilang sabar. Sungguh pun begitu, kamu mampu mengawalnya."
Ini pun aku rasa tepat dengan situasi aku. Bukan sorang dua. Bukan di tempat kerja. Dunia blog dah cukup. Dan orang-orangnya ada yang aku kenali sangat, ada yang tak berapa nak kenal. Kenal pun sebab atas urusan kerja. Macam aku pernah bebelkan sebelum ni. Bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Memang aku stress dengan kerja aku, sekarang. Cumanya syukurlah masih ada sisa-sisa kesabaran dari menaburkan amarah. Syukurlah masih ada sisa kekuatan tekadkan usaha, kalau aku buat sambil lewa... Maunya kerja tu aku tinggalkan saja! hahaa... Belum keji sampai tahap itew :P

Ok, kesimpulannya aku terhibur dengan horoskop InTrend hari ini. Bukan nak percaya 100% pun. Cuma kebetulanlah saja terkena benda yang sama. Okeh, sambung keje ;P

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sabar ye wan. manusia mcm2 peelnya.. eh wan nape blog lukis2 tue ila tak leh komen?? cuba wan tukar pop up koment dia boleh tak?? bagi sama dgn personal blog ne.. asikla suruh log in gmail.. tapi tak leh masuk jugak..hurmmmmmmmmmm

Wan_hazel said...

hahaha..wan libra kak..makin giat update blog skang kak??wan lak yg kurang da.hehehe