Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, September 22, 2011

Won San Remo contest

Alhamdulillah.. Ini rezeki yang tak disangka sebenarnya. Jujurnya tak menaruh harapan tinggi untuk menang pun sementelah ia berdasarkan slogan kreatif. Memang rasa kurang yakin dengan contest slogan base.

Senang je bukti pembelian yang penganjur nak. Dua bekas pembalut plastik San Remo je tanpa resit. Aku fikir hantar dua nama semata. Nak jadi rezeki, salah satunya menang hadiah saguhati. Hadiahnya berupa hamper San Remo termasuk pasta cooker bernilai rm300. Syukur... lebih dari berpuas hati bila tengok hamper separas peha sendiri. Sangkaku dapat hadiah sikit je. Tapi bila tengok hamper yang diperolehi, rasa seronok sangat. Boleh jadi stok berbulan.

Pada mulanya, kawan sepejabat aku maklumkan dia terima email kemenangan dari San Remo. Menang tempat pertama set periuk bernilai rm3000! Aku langsung tak yakin boleh menang. Balik saja ke meja sendiri, selang beberapa jam lepas tu masuk pula email kemenangan dari San Remo! Kejutan sebelumnya tak habis lagi, sebab baru terima panggilan menang contest Nutox. Terima khabar baru yang lebih manis. Syukur padaNYA... Maaf tak dapat tunjuk semua produk, masih kemas dalam balutan hamper sebab senang nak angkut ke rumah baru nanti. Tak payah dua kali kerja mengemas ;)

Terima kasih tak terhingga pada penganjur. Dan syukur pada Tuhan atas nikmat kemenangan ini. Walaupun kemenangan kecil semata, rasa syukur tetap ada. Alhamdulillah...

2 comments:

Mama Zharfan said...

congrats!! beshnya hadiah tu :)

Ummi Dania Yasmine said...

wahhh....pasta byk tu wan....harus ber pesta pasta :-) tahniah wan...