Nuffnang

Followers

Thursday, September 15, 2011

Jemputan Penyelidikan Pasaran Majalah EH!

Isnin lepas aku ke pejabat Blu Inc. Kaki comper yang rajin sertai contest majalah macam EH!, Her World, Shape dan lain-lain tentu dah tahu tempat tu, kat Petaling Jaya. Cadangnya lepas balik kerja, nak balik ambil Damia dan pusing semula ke Blu Inc. Sebab tempat kerja aku macam berada kat tengah-tengah antara opis Blu Inc dan rumah/taska Damia. Tapi masuk saja jalan utama, jem melata... Sudahnya ubah plan, terus ke Petaling Jaya.

Sebelum sampai ke PJ, aku salin baju dulu kat stesyen minyak Shell. Takkan nak berdiskusi dengan baju kerja jugakkan... Dah siap salin pakaian, barulah aku  perasan baju t shirt kegemaranku, yang selalu dipakai,-pakai tak kira tempat dan acara.... rupanya berlubang kat depan! Kecik je tapi adalah dalam 4, 5 tebukan Bila bercantum sebesar ibu jari lubangnya. Cezzzzz! Bila masalah lubang ini terbentuk! Sebal hatiku... 

Aku ajak hubby cari baju on d spot. Malu hakak kalau orang perasan, baju ni macam kena tebuk dek tikus! Haha... Yang ada kat area tu cuma Jaya. Aku pusing satu round, tup-tup satu kedai baju pun tak dak. Yang ada kedai buah MBG, kedai DVD dan lain-lain. Keluar la aku dengan hampanya... Jam dah pukul 6.40 petang, sudahnya aku pergi balik opis Blu Inc dengan perasaan serba sebal. Sabo je la... Terpaksalah aku lindung-lindung baju aku dengan hand bagak aku itu. Nasip baik ada sebagai penyelamat keaadan.

Elok tercengang-cengang depan pintu Blu Inc... Audrey, Reseach Manager Blu Inc hubungi aku, tanyakan kat mana aku sekarang. Nah betul-betul depan muka pintu aku berdiri dengan skemanya haha... Masuk saja bilik mesyuarat, dah ada sorang peserta sedia menunggu. Ain namanya, aku asyik tersasul panggil Ida pasal mukanya sebijik macam X opismate aku dulu! Haha.... Pastu sorang demi sorang peserta munculkan diri.

Sidang perbincangan dimulakan. Banyak mengupas isu rekabentuk, kesesuaian layout dan warna. Manfaat artikel tertentu. Penambahbaikkan majalah dan pendapat am kita pasal majalah EH! dan jujurnya kami bercakap juga pasal promosi / contest dalam Eh! ni... Haha... Mujurlah Mrs. Audrey, Cik Yana dan mesra dan terbuka. Banyak juga idea-idea bernas dan membina diperdebatkan dengan lancar. Standartlah kalau namanya pun sessi perbincangan. Kita boleh tengok bermacam ragam peserta. Ada yang jenis banyak pendapat atau banyak cakap orang kata. Ada yang jenis diam je dan lebih banyak mengangguk mengiakan dari mengeluarkan idea sendiri. Ada yang jenis kaki bantah, tak boleh orang lain bagi pendapat... asyik nak selar je macam dialah serba tahu. Mujurlah untuk sessi aku, takde peserta yang ada sindrom tu. Kot tak hangin le aku gamaknya. Maunya sessi perbincangan jadi medan hempuk-hempuk meja pulak kang! hahahha...

Selesai berbincang, wakil EH! menghulurkan goodies pada setiap peserta. Alhamdulillah... Memanglah suka dapat hadiah kan. Tapi aku sebenarnya tertarik nak sertai perbincangan ni sebab ia macam mimpi jadi kenyataan. Dapat suarakan pendapat sendiri yang selama ni aku bebelkan sorang-sorang je tiap kali baca majalah-majalah kegemaran aku. Memang dah jadi rutin aku baca majalah. Habit membandingkan design majalah. Suka compare gaya bahasa, cara ia dipersembahkan, tema yang ditonjolkan dan mainan warna yang menceriakan majalah. Aku memang suka membaca. Secara automatik kita tak dapat lari dari membuat perbandingan. 

Pendapat aku, walaupun kita berada dalam sessi perbincangan untuk majalah tersebut. Tidaklah semestinya kita puji melambung macam majalah itu saja terbaik dan majalah lain teruk benar. Tentu ada kelemahan dan kelebihan dalam sesebuah majalah tu, setuju? Sessi perbincangan dibuat untuk meningkatkan mutu dan kualiti majalah. Bukan sebab nak dengar pembaca membodek penganjur!  Lainlah kalau join contest. Anda diwajibkan mengembang kempiskan hidung penganjur! hahaha... Apa pun aku sungguh terhibur dengan sesi yang dianjurkan EH! Aku harap, pada masa akan datang pihak EH! akan menjemput aku lagi sebagai panel undangan. Rasa tak puas nak suarakan pendapat. Sesi 2 jam lebih tu rasa pendek je ---> jenis banyak idea dan cakap! hahahha...

Sebenarnya aku dijemput sekali lagi pada 14hb yakni semalam. Mungkin ada sikit kesilapan. Kalau la aku tak sibuk/ tamak juge, mungkin aku setuju dan join je. Boleh jumpa kawan baik aka kaki comper Yus. Sebab sessi kami dapat hari yang berbeza. Dan kata Yus, semalam tak ramai pun yang dapat hadir. Takpelah, peluang dah diterima sebelumnya. Harap-harap akan datang, ada peluang lagi ;D

Nanti aku buat satu lagi entry pasal hadiah yang diberikan oleh pihak EH!. Kesal pulak lupa nak bergambar kenangan dengan wakil EH! Kalau tak, rasa glamor hakak... Angkat tangan ke mulut. Lentikkan jari kelinting, dan ketawa dengan suara gemersik "Hooohoho....." ehehe... Sekali lagi terima kasih  EH! Fesyen + Kecantikan + Hiburan + Gaya Hidup ;D

6 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya!! me ptg2 memang tak available sbb nak kena amik my kids kat nursery+fetch hubby kat tmpt keje :)

mesti besh goodiesnya tu :)

CaDLyNN said...

one of kawan lin jadi peserta ni jugak..mizzura..die ade kate jumpe blogger kat situ...wansteddy..ahha..lin cakapla..ooh, kenal wansteddy tu..cewah :p

yantz-yeem said...

kalo aku tau ko ke sana leh kirim amik hadiah kat jaya tu..

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ yup, ikut hati wan pn malas nk g sbb waktu petang. dgn anak lagi. Tp peluang tu jarang dpt. redah je ^^

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ yup masa nk balik tu ada borak2 jap dgn zura. yg nk kawin tu kan? haha... ramah orangnya. wan serius xberapa nk cam orang. myb sbb jarang jengah blog dia. kalau lin, boleh cm on d spot dah. lin xjoin ke?

Wansteddy Tales said...

yantz-yeem ~ aku sndri xdpt nk amik hadiah beb. masa redeem hadiah smpai jam 5pm. aku g survey tu kol 7. xsempat nk amik hadiah pn..