Tajuk macam mukadimah forum pulak. Dulu-dulu aku pantang tengok komen pembaca. Terus-terus komen balas. Sekarang dah slow. Selalunya aku rajin membalas komen dalam kereta. Maknanya surf kat iPhone saja. Jimat masa sangat. Justeru, tunggu satu hari yang lapang. Balas kesemua komen sekaligus. Kalau malas, terperap sajalah lupa nak balas. Idea ada, nak menaipnya berkira! hahha... Hakikatnya hingga ke saat ini rasa bersalah kat penulis yang sudi komen kat blog tak femos ini. Kalaulah hakak ini rajin sikit, kan beshhhh hehe...
Dah jadi trend sekarang. Pembaca tinggalkan komen kat blog, blogger tak reti-reti membalas semula. Dan sindrom ini telah berjangkit kat aku sama! Dulu-dulu aku sendiri rasa sebal kalau apa yang kita tulis, macam takde respon. Nak-nak kalau hanya komen kita takde jawapan. Komen orang lain, adalah jugak dibalasnya serba sedikit. Lama kelamaan, aku dah boleh terima.
Kadang-kadang kami ni (eh, tiba-tiba masuk kelompok malas membalas komen pula), jadi blur tak tahu nak balas macam mana. Apa yang yang sesuai, yang mesra dan boleh menyenangkan hati penulis komen itu. Fikir punya fikir bertangguh dan lupa terus. Aku boleh cakap begini, sebab aku dah lalui. Walaupun benda ini tampak remeh. Hakikatnya bagi manusia berjiwa sensitip mudah terasa sepertiku, memang boleh buat isu! ahhahaha....Tapi tidaklah sampai merungut dalam blog menyebut si polan itu, si polan ini suka sisihkan komen aku. Nampak sangat kemaruknya kan. Hahaha.... Koman-koman aku bebelkan kat skrin PC ni saja. Jalan selamat dan tak mengundang kerja mengumpat pula hahah...
Baiklah... kalau korang rasa aku baru bangun tidur, jawapannya salah.... Aku dah sengal leher. Mengantuk gaban, rasa nak tidur gaya kuak kupu-kupu pun ada ni. Kestres'san sebab baru-baru ni kotak email dipenuhi dengan pertanyaan "Bila design saya boleh siap? Bila nak mula diskus? blablabla..." Dan email tempahan baru! Banyak dah aku terpaksa tolak. Terpaksa. Hakikatnya aku simpati tak kira. Sebab tu kerja aku tak pernah habis! Nak-nak bila ada customer nak design tu urgent. Tanya minggu ni minggu depan nak siap 100%! Hakak jenis tak sampai hati menolak, terimalah juga... Macam jerat tekok sendiri. Beban kerja dah banyak, terima lagi. Bukan tamak ok. Berapa hengget la sangat aku cas servis design aku tu. Tanyalah customer yang lepas. Malas aku nak sebutkan di sini harganya. Kalau rasa mahal, aku rasa.... mustahillah ada yang sanggup tunggu lama. Tapi dalam hati berbakul bagi ayat magik kat aku agaknya! hahhaha... Takdelah, aku yang sebenarnya rasa bersalah kat dorang. Dan kagum dengan baik budi dorang sudi tunggu hasil kerja aku. Trimas korang ;D
Dan sesungguhnya, kalaulah kalian duduk tercongok sebelah aku tiap-tiap malam, tentu jatuh kasihan dan sedih dengan keadaan serba kusut masai aku ni. Kalau ada jangkut, maunya boleh dipintal-pintal keliling leher. Serabut. Kepada anda-anda yang dikasihi.... Bersabarlah. Aku cuma ada dua tangan. Masa aku pun sangat terhad. Damia dah tidur, baru ada peluang buat kerja design. Kalau ada pembantu okey jugak. Koman-koman tolong design tang rambut atau mata pun jadilah. Masalahnya hakak ini (sambil menuding jari ke muka sendiri) cerewet ya robbi! Sebab apa aku harus cerewet? Kalau aku buat sambil lewa, lagi banyaklah kerja pengubahsuaian yang diperlukan. Lagi membuang masa aku. Lagipun melukis ni kena ada kepuasan. Bab duit, belakang citer. Duit tu sekali beli topup dah habis. Yang penting aku puas hati, pelanggan pun suka. Betul ke tak betul pembaca yang dikasihi sekalian....?
Melalut ke Maran dah aku ni... Nampak sangat mengantuk, mencecer ke cerita lain pulak. Baiklah, ada masa aku bercerita lagi. Ini minggu.... hakak banyak sibuklah! Urus rumah, design, blablabla... Dan sebagainya. Aku lapar, mengantuk dan rasa nak marah (kes tak cukup tidur). So selamat pagi Malaysia! Tanggal 16 September 2011. Bersamalah kita raikan Hari Malaysia 2011!
7 comments:
selamat hari malaysia wan!!
Selamat Hari Malaysia Kak Suzi:D
Hik hik...samalah wan, kita pon skrg nie mcm dah kena penyakit malas nak membalas komen ore lain dlm blog...huu huu.
Selamat hari 1 malaysia buat wan juge ;)
BabyIntan’s latest n3:
Cik Kebaya Yg Comei Omei!
hahaha..tulah kak..pergh entri nie..sampai tak terkekbil lansung mata wan..ahaha..komen n balas komen wan pun tak taw gak kak..sebab wan pn jarang nak reply komen org..plg2 reply satu komen je..cakap teng All..tu je..ahhaha
sama je lah kta kak..design byk tertangguh kalau dah malas memang tak sntuh pun tempahan tu..padahal masa banyak dibazir depan pc..Satu apa pun tak kene..kalau tergesa2 sgt buat hasil jadi macam kertas ronyok..kepuasan pun tak de..customer tak suka kita lagi lah tak suka..kdg2 menyampah bila tgk design sndiri serba tak kena..sebab tu perlu masa yg betul2 ok..
BabyIntan ~ kan... rasa bersalah bila xkomen. mahu tapi malas nak menulis pulak hahaha... salam hari malaysia buat Intan sekeluarga juga. berjalan2 sekitar KL x harini? :D
Wan_hazel ~ nah... sekali membebel panjang menjela. boleh buat kompilasi cerpen ni Wan! hahahha...
itulah dia... kdg2 kita ni cepat stress, nk buat yg itu yg ini nk kena buat. sudahnya blur dpn pc sampai sudah. kerja xjalan, masa berdetik! hahhaha... parah jd designer ni. kalau xsusun jadual betul2 macam ni la jadinya haduuu... hahha
amboi panjangnya bebel makcik hari ne..kiki
Post a Comment