Nuffnang

Followers

Friday, September 30, 2011

SUPERB Trailer INGAT JANJI KITA Novel Murni Aqila

Wohoooo...! Satu lagi projek design aku siap dipaparkan! Bagi penggemar novel khususnya keluaran Alaf 21 tentu dah biasa dengan nama Murni Aqila. Beliau salah seorang penulis berbakat dan dikenali ramai. Bertuah aku dapat bekerjasama dengan Murnia Aqila atau nama timangannya Moon. Tapi aku bukan menulis ya, bakat menulis aku setakat membebel di blog saja. Hahahha... Projek aku dengan Moon ialah melukis ilustrasi untuk dimuatkan dalam trailer novel Moon yang terbaru. Ingat Janji Kita.

Tujuan trailer ni untuk menerangkan serba sedikit sinopsis  novel ni. Biasanya kita baca nota pendek atau sinopsis dalam bentuk karangan saja kan? Idea Moon pula, perkenalkan dalam bentuk digital. Jadikan montaj ala teaser! Dan hasilnya trailer berjudul INGAT JANJI KITA. Jom tengok hasilnya di sini:


Akan datang aku akan ceritakan lebih lanjut tentang lukisan untuk projek ni. Nak kongsikan serba sedikit tentang watak dan lukisan. Nantikan entry berikutnya ;) Jangan ketinggalan dapatkan novel Ingat Janji Kita, Murni Aqila. Aku yang baca serba sedikit ni pun ikut teruja nak baca seluruh novel! Tentu besh dan penuh dengan kejutan! Nak tahu kenalah beli dan baca sendiri ehehehe....

Terima kasih pada Moon aka Murni Aqila atas kepercayaan yang diberikan. Semoga novel Ingat Janji Kita akan laris di pasaran! Jom berkenalan dengan penulis Murni Aqila. Ikuti perkembangan beliau melalui blognya Pena Bertinta.

5 comments:

♥ cHeNtA sAdIs ♥ said...

novel baru kan?? hehhehe..mcm best jerk..tp lom beli lg..^^

Unknown said...

mcm bes jer..

Mama Zharfan said...

congrats wan! moga akan terus sukses :) novel ni mesti besh ni :)

Cik Puan Nurul said...

tahniah wan..langkah mu semakin menjauh

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

adui penat ucapla.. ila copy paste jela lain kali..tahniah wannnnnn hehe