Alhamdulillah... rabu lepas aku terima sepucuk surat sempena sertai contest BERRI. Jujurnya aku memang tak taruh harapan langsung menang sebarang hadiah. Hantar 1 borang je. Syukurlah lekat saguhati. Sejumlah RM188 aku menangi. Tak ingatlah hadiah yang lain macam mana. Tapi ada kaitan dengan angka 8 semuanya.
Contest ni base lucky draw. Kita cuma kena buat pilihan icon yang paling menepati ciri negara Australia (rasanya). Memang aku berbelah bagi nak pilih antara bodek penganjur atau icon sejati Australia. Kerana dalam icon tu ada gambar logo Berri, koala panda, tugu negara Australia dan lain-lain. Sudahnya aku pilih untuk bodek (dengan perasaan bersalah! hahah...) Tak pasti adakah sebab itu yang menang, atau sebab itu penyebabnya hanya menang saguhati. Apa pun syukur sangat ada juga rezeki yang masuk penghujung september ni.
PS: awalnya aku taip nama WAN sebagai ganti nama 'aku', yang selama ni kedengaran kepoh sangat. Tapi... masuk suku perenggan kedua, bulu roma aku meremang! Geli lak rasa tiba-tiba nak ubah karektor sendiri ni. Aku adalah aku. Tak payah menggedik nak jadi macam orang lain ;P
PS2: Aku sangat moody. Sangat-sangat-sangat moody. Takde punca. Cuma aku rasa takde mood nak buat semua benda. Nak sentuh design, contest, kerja... semua malas. Mood rajin baca manga. Owh tidak.....!!! Ketagihan ini tak boleh berhenti, bila dah mula...
3 comments:
congrats wan! sgt besh bila menang cash :)
mennag cash tu..syoknya....tahniah
pms ke?? tahniah wannnnnnnnn
Post a Comment