Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, September 13, 2011

Won Garnier Men Turbo Charge Your Skin Contest!

Sebenarnya mood mengupdate blog sangat menjunam baru-baru ni. Lebih-lebih lagi bab contest dan hadiah. Rasa berbulu je nak tulis. Haha... Tapi gagahkan jualah hati ini demi kenangan itu. Ingat tak dalam beberapa hari lepas aku ada kisahkan pasal terima bungkusan dan beberapa pucuk surat? Rancangnya nak menulis sikit-sikit masuk dalam blog. Hari-hari bertangguh jadi lupa/malas terus nak menulis. 

Baiklah, sebagai permulaan... nak kongsi kemenangan Garnier Men Turbo Charge Your Skin Contest anjuran L'Oreal Malaysia. Menang hadiah saguhati sahaja iaitu jaket pengembara IZ-2. Menariknya dapat dua hadiah atas nama sendiri dan hubby. Alhamdulillah...

Contest ni jenis lucky draw saja. Aku hantar dua form atas dua nama. Lekat keduanya, syukur sangat! Sebelum balik beraya dah terima panggilan dari wakil L'Oreal Malaysia menyatakan tentang kemenangan ini. Pada mulanya pemenang dikehendaki ambil hadiah masing-masing. Tapi saat akhir, penganjur ubah rancangan dengan kurier semua hadiah pada pemenang. Terima kasih pada penganjur!

Sebelum aku lihat sendiri jaket ni. Kawan facebook aka kaki comper juga yakni Dyat dah tag aku bagitau dia dah terima jaket ni. Macam jaket Power Rangers biru katanya! hahhaha... Siap ada yang jangka aku dapat jaket pink atau kuning! Hahahhaha... Bergolek aku bayangkan. Kalau dapat jaket pink, alangkah beshnya ;D Tapi yang aku terima jaket hitam yang smart. Hubby dapat jaket biru. Macam jaket Suria Perkasa Hitam pun iya juga hahah... Nampak saja kecil. Hakikatnya jaket ni berat, padat dan smart! Sesuailah untuk penunggang motosikal. Takkan aku nak pakai jaket motor ni naik Kenari kan! hahahha....

Terbondong-bondong hakak angkut jaket ni turun ke kereta. Berat tentunya. Belum mengetest pakai lagi. Gigih cari topi kaledar full face lepas ni. Siap selendang merah lilit kat leher. Full set costume  Suria Perkasa Hitam! hahaha... Hadiah yang paling menarik setakat ni ;D

3 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan!!!

Cik Shiqa said...

salam.. waaa tahniah. best dapat hadiah...

pstt: comel n smart header tu..

AyuArjuna BiGoshh said...

wahhh wan boleh merempit lepas ni heheheheh