Nuffnang

Monday, October 24, 2011

Siapalah pereka grafik tanpa komputernya...

Bukan malas, takde kesempatan. Lima hari aku mengasuh anak sorang-sorang sepenuh masa. Layankan karenah si kecik lagi. Buat kerja design lagi. Jadi surirumah lagi semua tu buatkan aku malas nak online. Nak buka blog dan facebook pun malas :P

Dalam seminggu ni bakal sepilah blog aku. Kalau rajin, aku update malam hari. Sebabnya? Komputer pejabat dah kena packing nak hantar ke pejabat baru di Putrajaya. Gila aku histeria masuk kerja tadi, tengok-tengok komputer aku habis tercabut sana-sini. Wayar bersepai... Adudu.... Punah misi kemanusiaan aku nak aktif berblog dan melukis dalam minggu ini huhuhu....

Aku dah semak-semak email lama. Dan putuskan dengan sebulat suara. Takkan amik lagi kerja design blog. Aku dah malas nak ambil tempahan baru. Tiada lagi. Banyak puncanya. Tapi asasnya biarlah aku katakan, aku dah fedap. 

Misi aku tetap nak usahakan kerja-kerja design tempahan pelanggan terdahulu. Yang order sejak 2010 pun ramai tau. Berpinar kepala aku pikir nak setelkan semua design tu. Dalam masa yang sama aku ada projek design penting yang kena dilaksanakan. Lepas ni biarlah aku pelan-pelan siapkan mana yang harus diberikan keutamaan. 

Maaf sangat-sangat kalau keputusan ni boleh timbulkan kekecewaan. Ramai lagi designer blog lain yang kalian boleh rujuk. Bila aku undur diri ni sekurang-kurangnya, kuranglah sedikit persaingankan. Tindakan aku ni mungkin dapat menyenangkan hati pihak-pihak tertentu hehe... 

Sampai sini saja. Aku nak kembali buat kerja design mana-mana yang sempat. Sebelum komputer lab ni pun dorang bungkus! Arghhhh... siapalah pereka grafik tanpa komputernya huhuhu....

11 comments:

aLeen aVriL said...

br ingt nk tempah dgn akk

mama rifQy said...

ohhwan dah nak undur diri keee ?? tak ramai designer blog or doll yang kite kenal..wan ngan sha whitemommy je

Mama Zharfan said...

memang time consuming kan keje2 design tu...nasib baik sempat gak guna khidmat wan last year :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sapa lah yg kacau wan lagik ne...cian la wan ne..

Wansteddy Tales said...

Hi Aleen ^^ maaflah rasa tak dapat nak terima tempahan lagi. Dah lama berhasrat pn nak stop buat design blog ni :) maaf sngt2 ya ^^'

Wansteddy Tales said...

Mama rifqy - ramai sebenarnya. Setiap designer lain strokenya ;)

Wansteddy Tales said...

Mama zharfan - mcm2 kes mcm2 ragam. Tapi setiap satu dsgn wan buat tetap istimewa utk wan hehe

Wansteddy Tales said...

Ila ~ wan dah malas nk pk2 ila... Dr terus jeruk rasa lebih baik wan tarik diri. Bkn sbb nk puaskan hati org lain. Cum wan rsa cukuplah takat ni. Mana2 dsgn blm wan buat, wan tetap teruskan pelan2. Tempahan baru? Semua terpaksa wan tolak dgn cra baik :)

Nur-nba said...

Takpe Wan.. ada tu rezeki di bidang yg lain. Kak Nur doakan semua kerja Wan dipermudahkan olehNya.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jenguk jugak walau wan tak update.. org takde pc le katakan ye?? hehe...

aLeen aVriL said...

xpe kak...sbb kita penah nk tempah dgn wan hazel, bila bg cretiria dia kata dia pon bz dia suggest p tempah gn akk..

tp akk dah nak stop..kita try lg la tempah dgn wan hazel lg sx...