Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, October 28, 2011

My new workstation!

Dah lama aku tak update blog kan. Bukan tak rindu, cumanya aku malasss.... Harini secara rasminya bersiaran dari pejabat baru di Putrajaya. Belum masuk kerja secara rasmi lagi di sini. Saja datang tengok-tengok tempat kerja. Komputer kerja aku dah sampai. Syukurlah... dengan muka gumbira aku joget-joget online. Masakan tak, line superb laju. Ni kalau download lagu dan manga, lajuuuuuu je full loading! hahaha... Nanti dah masuk budak-budak pakar download, habislah... takde can nak berjoget-joget lambak lagi! ahaha....

Inilah meja kerja aku ya. Belum makeover lagi. Baru masuk komputer saja. Kotak-kotak barang semua masih di pejabat lama. Tah apa masalahnya, patutnya 25hb lepas kami dah mula packing barang ke sini. Tapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda barang nak sampai sini. Risau gak. Benda benda yang dirancang terbengkalai. 

Target utama aku. Bila barang-barang dah sampai nanti nak ubahsuai tempat ni jadi lebih 'selesa' buat pandangan mata aku. Theme pink atau dekorasi english jadi idaman kukuku... Nantikan... Ada mood aku update dalam entry baru, ewah!

4 comments:

Mama Zharfan said...

selamat mendeko2 ofis :)

Wan_hazel said...

hehehe..tak sanar nak tgk makeover tempat kerja akak..skang camne kak??lega dah ke dgn keadaan??tak de yang porak peranda lagi???tak de yg tergesa2 lagi??ehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

eh cantiknye pc wan..keliling tue warna-warni..

AcuRose said...

aik..cam berjiran je table kita ni wan. sama je design nya..supplier furniture sama kot..hehe. tpi part monitor tu yg tak leh tahan tu..meriah sungguh.