Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, November 17, 2011

Ganjaran CASH dari Nuffnang

Akhirnya dapat juga imbuhan berblog selama ni. Alhamdulillah dah selamat di cash out'kan duit lebih kurang RM100 lebih sepanjang lebih setahun berblog. Ekeke... Iye.. iye... aku akui... Ciput berbenor jumlahnya kalau nak berbandingkan blogger-blogger otai lain. Tapi lebih dari berbaloi jumlahnya untuk blogger pasif macam aku. 

Malas nak karang entry sehari 3, 4 buah karangan. Malas nak jengah ke blog-blog blogger femes. Malas nak blogwalking. Malas nak tinggalkan komen-komen dalam blog orang, walaupun rajin gak baca entry yang disukai. Dan segala mak nenek malasnya. Oleh sebab itu, kadar yang diberikan pada aku, lebih dari berpatutan. Syukur... Terima kasih Nuffnang!

Pada ketika ini ada 4 Buffered Earnings berlegar-legar dalam blog aku. Namun  nilai cash dalam akaun aku baru RM13.35. Dari minggu lepas tak naik-naik. Sedang orang lain mengeluh BE kurang, ME kurang. Tapi duit dorang mencanak jugak naik. Aku ni BE banyak, ME pun banyak, tapi cash dalam akaun bergerak macam siput nak naik-naik. Cumanya dari segi psikologi, aku dah puas hati tahap kerang busuk bila tengok bilangan BE aku kat akaun. Menyedapkan hati sendiri dengan menyatakan, sekurang-kurangnya Nuffnang masih ada belas nak berikan aku ganjaran. Cumanya entah bila nilai cash dalam akaun tu akan meningkat, tak pasti. Mungkin kali ni aku nak tunggu duit tu menggunung dulu barulah aku nak cashout dengan bahagianya hohoho....

Jeles dengan blogger yang dapat kutip cash dalam RM300-RM500 dalam tempoh sebulan dua je berblog! Apalah rahsia dorang ni agaknya? Bagi blogger yang malas cari info macam aku, harap-harap adalah geng blogger yang sudi share info kat sini. kehkehkeh...

9 comments:

Wan_hazel said...

taniah akak..setahun dapat hasil sebnyak tu adalah yg terbaik taw..wan masa mula2 dulu..ambik masa 3 tahun baru leh cashout..percaya atau tidak percaya lah..ini menunjukkan blog akak memang fames amous...


terbaik..ehehhe..

Mama Zharfan said...

besh dpt cash :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ok lah tu dr takder :) mungkin kena belajar teknik2 seo kot utk naikkan PR blog :) ramai orang visit, banyk la kot duit masuk :p just my 2 cent ;p

fiza said...

Tahniah wan. Saya pon baru jer tekan butang cash-out smalam, hasil 2 tahun blogging ☺☺

Jom baca:

Wordless Picture yang membuatkan Air Mataku Bergenang

Cash-Out Pertama NUFFNANG...Akhirnyaaaaa...

Wordless Wednesday #8: Hobi Saya....

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

SyUhAdA said...

byknye..thniah sis..

Lin Azlina said...

okla tu kak...janji ada hasilnya jer

AyuArjuna BiGoshh said...

sikit ke banyak...duit atas angin senyap2 tiba2 ada :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila da 20 hinggit haha

aiDieNa said...

Alhamdulillah.. ada jugak rezeki tue..