Nuffnang

Followers

Friday, November 18, 2011

Won ALDO gift pack worth RM250!

Alhamdulillah... Terima beberapa khabar gembira baru ni. Walaupun hadiahnya kecil-kecilan. Walaupun nilainya tidak besar, aku bersyukur juga. Ada juga ganjaran rezeki yang Tuhan kurniakan buat aku. Yang penting, usah bersedih dan putus harap. Caiyok2! 

Selasa lepas aku sempat ke Measat dan blu Inc untuk tuntut hadiah. Kali ni hadiah sempena sertai contest ALDO anjuran Majalah EH! Hadiah yang diberikan memang menarik.  ALDO gift pack bernilai RM250!

Cute sandal brand ALDO. Suka tengok perincian design sandal ni. Beach theme. Yang penting warna asasnya hitam. Tahan lasak dan tak mudah kotor. Hakak kan suka jalan bersepah. Penting memakai kasut berwarna hitam ni. Lindungi kasut yang mudah jadi comot! ahahha...

Yang hangat untuk hadiah ni tentunya cermin mata berjenama ALDO! Wohooo... Selama ni aku berangan je nak beli spek baru, tapi asyik bertangguh fikirkan bukan barang keperluan. Dapat pula habuan dalam bentuk hadiah. Bentuk seksi lagi. Tak perlu berbelanja, ibarat bulan jatuh ke riba. Lepas ni kalau nampak  orang berjalan gaya ala Saloma kulu kilir tu, tegurlah ye. Mesti hakak Wansteddy tu! Ahahaha...

Dan voucher  diskaun 15% ALDO. Hanya boleh redeem kat Bukit Bintang. Ada kelapangan bolehlah beli barang ALDO dengan voucher ni. Terima kasih EH!

2 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan! besh hadiah tu :)

Mrs Z said...

tahniah.... best betul bila selalu ada rezeki untuk menang... nak mencuba rajin join mana2 GA n contest kat majalah tp tak kuat semangat.. :)

jom join http://www.ziefauzi.com/2011/11/ziefauzi-simple-giveaway.html