Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, November 21, 2011

Join Event Astro Nickelodeon : Santai di Sunway Pyramid

Lepas sertai event Innershine kat LG Blue Atrium, kami pergi ke bahagian lain pula. Apa nama bahagian ni, lupa pula aku. Kat sini berlangsung event Astro Nickelodeon. Macam-macam permainan ada. Budak-budak, mak bapak budak semua berpusu-pusu main game. Padahal hadiahnya sticker saja, tapi mainnya beria. Sebab happening sangat.

Game pertama Damia. Lengkapkan puzzle. Ye... kalau dah cantik tulisannya, tentulah ayah yang tolong tulis. Janji Damia ada pegang pensilnya, kita memenuhi syarat jugaklah kan ahahaha...

Kedua, Damia main golf. Gambarnya tak jelas pulak nak share kat sini. Siap letak bola kat hujung padang lagi. Confident tinggi! ahhaha... Tergelas urusetia tu tengok tingkah Damia. Ketiga, Damia main game ni. Apa tah ke namanya. Yang kena pusing badan berpuluhan darjah. Tangan kaki kena lekapkan kat tempat yang betul. Yang aku nak tergelak, muka tak percaya peserta lain kat belakang Damia. Macam nak kata... "Eleh, budak kecik pendek pun nak main gak ke?" ehehehe... Yang penting urusetia sporting....!

Dapat sticker saja pun puas hati....

Beria tengok stage, ada Spongebob dan Patrick atas stage. Aku suruh g naik pentas bergambar, beria Damia tolak, tak mau, katanya...

Patrick yang paling sporting haritu. Seksa tu tengok maskot ni bergerak. Aku dok bayangkan orang yang pakai sut ni, masam mencuka, muka berpeluh-peluh kena gomol dengan budak-budak. Tapi luaranya muka kartun fav budak-budak. Saborrrr je la menahan diri dalam sut tu! ahahah...

Naik ferris wheel popular kat Sunway Pyramid ni. Aku upload gambar ni dalam FB, semua dok pakat teka betul, ferris wheel ni memang kat Sunway Pyramid. Lebih baiklah dari Damia berani dan gigihnya naik ferris wheel kat Gerik dulu. Seriau aku tengok lajunya yang tak logik dek akal. Dengan efek bunyi keriut-keriut besi buruk lagi... Wawawa.... takutnya aku.... nak bayangkan yang bukan-bukan pun seriau. Nasip baik ferris wheel kat sini slow je. Takde efek bunyi. Dan yang penting, tak menggerunkan hati! ahahha... 


Mak dia yang lebih-lebih ye ahahaha... Lepas ni boleh tengok aksi spontan Damia main bowling. Macam-macam ekspresi ada. Sampaikan aku rasa tak boleh tidak mesti jugak share dalam blog! tengok-tengok....!

Serius...

Happy! 3 Pin jatuh ;)

Frust... bola masuk longkang. Damia kata "Ala......"  

"BESHHHH!" Aksi paling selambaland. Hilang langsung ladies look dia! ekeke...

Dan inilah sticker-sticker Damia menangi. Sepatutnya dapat 4. Tapi satu booth tu kemain seriusnya urusetianya. Dengan budak kecik pun nak berkira sticker. Kemut! ekekeke...

5 comments:

BabyIntan said...

Amboi seronok nya damia! Nampak fun lah event tu, sayang tak turun Sunway Piramid...kalau tak boleh join.

Mama Zharfan said...

hehe siyes st cute damia buat aksi2 gitu :)

Ema said...

ada patrik dgn spongebob.... best

AyuArjuna BiGoshh said...

klu bawa akaun astro dapat goodie bags rasanya :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan..nape nampak kurus neeeeee