Sabtu lepas kami ke Sunway Pyramid sempena sertai event Innershine bersama Maya Karin. Aku terima jemputan sempena menangi
Laga pipi dengan Maya Karin! Woot Wooot...! She's so gorgeous! Ini kali kedua jumpa Maya Karin depan mata. Pertama kali masa kat Sepilok, Sabah dua tahun lepas. Rasanya masa tu Maya masih dalam mode honeymoon dengan x-husband dia. Tapi tak sempat tegur sebab Maya macam nak cepat. Kali ni peluang bertemu dengan Maya, tak disia-siakan. Walaupun bukanlah peminat tegar Maya, tapi still... rasa happy jumpa Maya Karin. Berbakat, semulajadi cantik dan yang besh, ramah mesra orangnya.
Semua peserta diwajibkan baca kembali ikrar yang kita tulis dalam wall FB Innershine Club untuk contest ni. Aku dah standby awal-awal ikrar aku dalam iPhone. Sekali bila nak baca, tah ke mana hilangnya komen aku. Gamaknya hilang masa aku kalut nak naik pentas. Terklik tah ke mana-mana. Dalam kekabutan tu, sempat pulak Cik Damia naik stage dengan selambanya. Sempat Maya Karin usik-usik Damia masa tu.
Gigih mencari komen sendiri, tak jumpa-jumpa juga. Dapat label "Miss Facebook" dari Maya Karin! ahaha... Femos hakak secara tak sengaja kerana insiden ini. Tobal muko den tak payah nak cakap la muahahaha....
Aku ke belakang bersama peserta lain. Tahu siapa? Intan Mat! Geng Facebook. Salah sorang comper yang rajin jugak ni. Masih dalam pencarian komen aku, siap dibantu kak Intan lagi ekeke... Dan lagi tu bertukar-tukar tips contest atas stage. Gila tak gila kitorang ni ahaha...
Sudahnya kerana tak berjaya juga, aku baca komen aku dari kertas yang wakil Innershine Club print out. Lega... Dan sememangnyalah tak mungkin aku boleh baca lisan gitu-gitu je tak rujuk panduan, sebab komen aku terlebih panjangnya ehehe...
Gambar beramai-ramai. Aku dah duduk ke belakang pulak masa ni. Takpelah, janji nampak muka. Dan secara kebetulan Maya pun palingkan wajah ke arah kamera kami. Thanx Maya!
Habis acara kami, Maya Karin sampainya lagu tema Innershine. Sempat tu sporting posing ke arah kamera kami! Memang sporting. Siapa-siapa yang sudi nyanyi lagu tema Innershine, dapat goodies bag yang sama macam kami dapat.
Inilah goodies bag sempena event Innershine kat Sunway Pyramid. Satu pek produk Innershine pati prune. Alhamdulillah... bertambah lagi stok innershine aku. Hadiah innershine yang lepas pun masih ada baki dalam simpanan. Kisah tu dalam entry bertajuk: Won Innershine product worth RM150! Aku amalkan setiap hari, waktu malam. Innershine Prune ni memang bagus untuk kesihatan wajah luaran dan dalaman. Sistem percernaan lebih mudah dan lawas. Amalkan selalu, kita boleh kesan impak wajah berseri-seri. Cubalah!
7 comments:
menarik tu wan...maya karin tu!!! TAHNIAH
beshnya dpt jumpa maya karin :)
tahniah..best tu dapat laga pipi ngan Maya Karin..hehehe..
goodiesnya pun menarik..
ila pun suka minum innershine ne.. sedap + mmg muka berseri.. ila start makan masa pantang
owh..Miss Facebook tue awk ke? Sy yg plh hujung skali la, plg kiri skali (kalo tgk pic rmi2 tue..hehe..) leh x nk amik pic rmi2 tue ltak kat blog..nnti sy credit eh..
follwo sni.. ^_^
eh..salah lak.. sy yg plg kanan skali dlm pic.. pki shawl itam/grey n bj biru tua, hehe..
nie entry sy.. dh credit Wansteddy dh.. ^_^
http://greennnpanda88.blogspot.com/2011/11/won-innershines-contest-met-maya-karin.html
Post a Comment