Nuffnang

Followers

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya Mengganasssss! TAHNIAH!!!

"Aummmmmmmm!"
Ngauman yang mematahkan sayap sang garuda!
Percaya atau tidak, harini aku cipta sejarah duduk molek-molek depan TV dan layan bola sepak sampai habis. Campur tolak waktu lipat kain, layan Cik Damia, basuh pinggan (tinggal jap dengan saki sabun semata-mata kejar balik nak tengok TV!) dan beberapa aktiviti sampingan sambil tengok TV tu ya. Dan kesudahan yang sangat berbaloi apabila skuad HARIMAU MALAYA MUDA menang bergaya! Woot wooootttt!

Alhamdulillah Malaysia menang 5-4 bersaing dengan Indonesia. Walaupun diraikan dengan suram, namun auranya tetap dirasai. Baliklah Skuad negara, kat sini kami rakyat Malaysia bakal sambut anda dengan penuh bangga! 

Happy mode. Tapi masih berharap-harap dengan penuh optimis. Alangkah bagusnya andai esok diumumkan cuti umum! Muka serius ni aku berharap.... Kahkahkah...

1 comment:

Mama Zharfan said...

hhee me pun tgk sampai abis match and sampai bagi pingat+nyanyi negaraku ehheh