Nuffnang

Thursday, November 10, 2011

Misi mengutip duit syiling!

Semalam aku kongsikan gambar tebaran syiling ni dalam facebook aku. Ramai jugak yang tinggalkan komen yang buatkan aku ketawa geli hati. Tapi disebalik semua tuuuuu, deritanya aku rasa.... Puas nak kutip balik semua syiling tu. Syiling ni sebenarnya duit lepas shopping. Aku masukkan dalam tabungan Damia. Dengan harapan nanti nak masukkan dalam akaun bank Damia. Tapi belum apa-apa Damia dah beria nak 'kira' sendiri duit dia!

Kesannya? Akuuuuulah jugak yang kena mengutip sekeping demi sekeping. Kemain la rasa nak anginnya. Tah bila masa Damia tunggangkan bekas syiling ni. Tahu-tahu pagi tu aku solat subuh atas timbunan syiling. Takde maknanya aku nak kutip sebelum masuk kerja. Bukan sikit-sikit. Tentu-tentu dah makan masa. 

Semalam balik saja dari rumah, sekali lagi solat atas timbunan syiling. Ala-ala datuk Donald Duck tu. Berenang dalam timbunan syiling dia! ahahha... Dalam geram aku kutip la semua syiling tu. Belum habis kutip, teringat nak share dalam facebook. Itu yang aku muatkan gambar ni semalam. Habis saja posting. Damia masuk bilik pulak! Ah, sudah... Siap menjerit marah aku nak simpan syiling-syiling dia. Mulanya aku psikokan Damia. Aku cakap, "kan cantik kalau duit-duit ni dalam bekas pink ni." Dengarkan tu, Damia tolonglah juga kutipkan syilingnya. Sekali bila aku dah leka tak perasan, Damia buat cubaan tuangkan balik bekas tu! Arghhhhh! Nasip baik aku sempat tengok. Nasip baik bekas tu berat. Kot tak.... semua timbunan duit tu berselerak balik atas lantai! Mujurlah aku cepat. Itu pun suku dari timbunan syiling yang aku siap kumpul tu, dah keluar balik! Gerammmmmnya aku tak terkata. 

Lepas bebel-bebelkan penuh dramatik kat Damia, berlari mencicit anak dara aku tu pergi ke ayahnya yang tertidur di ruang tamu. Mujurlah dia nak pergi. Bolehlah aku sambung semula kerja mengutip syiling tu dengan aman. Tapi dengan hati membaralah. Masakan tak... Banyak benda aku nak buat lagi. Terpaksa buat kerja sama sekali lagi. Haih.... Kenakalan anak-anak ni memang menguji minda dan hati. 

Sekarang dah selamat simpan atas almari yang tak terjangkau dek Damia. Misi ayahnya, nak masukkan duit-duit ni dalam tabungan Damia sesegera mungkin. Baguslah... Tak payah lagi aku buat kerja mengutip macam semalam. Sampai hitam legam tapak tangan aku dek syiling lama. Sampaikan masa mengutip tu aku terfikirkan penyebut habuk kat NSK Selayang yang promoter  cina sibuk buat demonstrasi. Siap boleh angkat bola bowling seberat 15kg! Siap boleh kutip benda-benda sehalus mungkin. Kalau aku ada benda alah tu, tentu senang kerja kutip duit syiling semalam. Itu apa yang terlintas di kepala kala hati menggeram sebab kuku-kukuku patah mengutip syiling! Haih....

7 comments:

CaDLyNN said...

banyaknye syiling!
meh tuka sikit ngn lin..nak buat bayar parking kt opis ni..hihihi

misyamissyou said...

peh banyak tu kak wan! bekas besar pulak tu..sy simpan duit syiling dlm tin mr. potato tu penuh pn xterangkat dah..mmg jenuh nak ngutip kalau bertabur kat lantai T_T

ummi aiza said...

kalau taknak simpan dalam akaun, boleh tukar jadi voucher jusco :)) kat jusco ada mesin yang boleh kira nilai duit syiling, keluarkan resit, then resit tu bawak pi customer service, then tukarkan jadi voucher. Kesannya, mak happy dapat voucher, anak ternganga duit tabungan dah tak ada :)

adianiez AIDA said...

wah! lambakan syiling!!! meriah sungguh... aida ada da 1 tabung besar penuh duit syiling. lom ada time nak kira and masuk dlm akaun :)


nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kutipp jangan tak kutip yeeeeee

Mama Zharfan said...

heheh sila masukkan dlm bank cepat2 :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai, kesiannya. my nuha seb baik kejanya masukkan duit syiling ajer instead of dia nak teraburkan :)