Nuffnang

Followers

Thursday, November 10, 2011

Komen Wansteddy dalam Majalah EH!

Nampak tak? ID profile facebook aku dipaparkan dalam ruangan komen Majalah EH! Cukup mengujakan hati. Jujurnya saat pertama kali pegang majalah EH! aku dah terbaca ruangan ini. Memang aku suka belek-belek dulu majalah, barulah bayar dan baca isu-isu sepenuhnya. Dan tak sangka-sangka, EH! keluaran November 2011 menempatkan kenangan terindah buat aku. Selama lebih setahun setia dengan majalah ni. Aku rasa bertuah sangat :)

Maaf ye kurang kualitinya. Aku ambil gambar dengan iPhone, dalam kereta yang sedang bergerak pula. Tentu-tentunya bergegar sikit gambar. Gelap pula. Maka kurang jelaslah perkataan dalam kolum ni. Kalau nak tahu apa aku tulis, sila beli majalah EH! keluaran November ;D Ada sikit error dalam komen aku. Nak cepat menaiplah katakan.

Walaupun hanya ditempatkan dalam sudut yang kecil, tapi impaknya cukup memuaskan hatiku kekeke... Ini penampilan kedua dalam majalah. Ketiga dalam media massa. Sebelumnya 1 kolum suku besar untuk artikel menang contest Litrak tahun 2008 dalam surat khabar NST. Dan sebahagian kecil untuk ruangan kat dalam Majalah InTrend. Tapi asyik lupa nak berkongsi kisah tu. Kali ini sisipan ruangan komen Facebook EH! Tak sia-sia selalu mengikuti perkembangan majalah kegemaran aku ni!

Kadang-kadang tak terfikir pun komen-komen sesimple begini disukai penganjur. Dimuatkan dalam majalah kegemaran? Lagilah tak disangka-sangka. Apa yang aku lakukan hanyalah titipkan bait-bait yang sememangnya terlintas dalam kepala. Jujur dari hati. Andai aku suka sangat tema bulan itu, aku berikan rumusan dari pandangan aku. Tidak mengambil kira pendapat pembaca yang lain dulu. Aku memang tak baca pendapat yang lain sebelum menulis komen sendiri. Bimbang kata-kata mereka mempengaruhi ideaku untuk curahkan idea atau komen. 

Sememangnya jujur itu sebaik-baik perlakuan. Jangan suka amalkan sikap menceduk idea atau ayat pembaca lain tau! Nanti orang lain baca, kita pulak dapat kritikan. Tak dilepas depan-depan. Belakang-belakang kena belasah. Malunyer.... 

Okeylah geng! Sapa-sapa suka interframe dalam majalah, rajin-rajinlah muatkan komen-komen bernas dalam wall-wall facebook majalah kesukaan korang. Aku takde niat pun nak menglamorkan diri, sementelah aku memang bukan glamor pun. Nak kejarkan publisiti bukan tabii aku. Tapi bila dihargai sebegini punya tinggi oleh majalah kegemaran, terharunyaaaaa aku rasakan. Makin sayaaaaaaang aku pada majalah EH! 

Trimas EH! Love u'all sooooooo much!

3 comments:

tidiey77 said...

salam...kita sama la wan...komen sy pon ada kt bwh sekali tu...harap tak pelik la sbb lelaki baca eh!.. :)

Eliss said...

tak pernah baca eh :)

adianiez AIDA said...

aida baca eh! dulu kala waktu ia baru wujud. time belajar lagi dulu. byk gaks dpt hadiah hasil dari anta keratan dlm tu. now, no more. reading majalah upin ipin dan anamuslim jer dah ha ha ha...


nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~