Nuffnang

Tuesday, November 29, 2011

Won 5 The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 contest!

Alhamdulillah menang lima hadiah sempena sertai contest The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1. Antara penganjur yang tawarkan hadiah padaku ialah: Lisa Malaysia, Shape Magazine, Her World, Galaxie dan Hot Magazine. Cuma 2 hadiah saja sempat ditebus. Hadiah-hadiah lain tak sempat nak redeem atas faktor-faktor teknikal. Jap lagi aku ceritakan. Meh tengok dulu hadiah yang aku dapat.

T shirt edisi terhad The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1. Hadiah ni dari Hot Magazine. Disediakan bersama 2 pas wayang percuma valid sampai bulan 2 tahun depan dan lapik cawan Twilight.

Hadiah pas wayang  dari Lisa Malaysia. Majalah tempatan terbaru di pasaran. Majalah Lisa memang menarik dengan gaya rekabentuk dan penyampaian yang berbeza dari majalah hiburan semasa yang lain. Jom beli majalah ni selalu. Macam-macam info menarik disediakan dalam setiap edisi. Ini hadiah kedua aku menangi dari Lisa Malaysia. Yang pertama, hadiah wangian Paco Rabbane bernilai RM200 lebih. Belum muatkan dalam blog lagi. Nantilah aku ambil gambar perfume tu dulu.

Hadiah-hadiah dari Blu Inc diberitahu melalui sms. Memang lazimnya tugas tuntut hadiah ni aku serahkan pada hubby. Sebab aku ada penyakit fobia stereng. Yakni takut memandu sendiri. Lagipun aku jarang ikut kalau nak pergi tuntut hadiah. Apa yang mendukacitakan, hadiah dari Blu Inc ni hubby tak boleh tuntut dengan tunjuk surat wakil je. Kena tunjuk bukti tawaran hadiah dari henset pemenang sendiri. Takkanlah hubby nak angkut hp aku kan. Karang ada panggilan untuk aku camno? Sudahnya kedua hadiah tu burn gitu je. Moral dari kisah ni, kalau menang sebarang peraduan Blu Inc dengan cara sms. Eloklah pergi redeem sendiri. Takpun, serah je henset anda kat wakil yang nak amik hadiah. Walaupun leceh banyak, namun berbaloilah bila dah dapat tuntut hadiah tu kan ;)

Hadiah terakhir tawaran 4 pas wayang dari Majalah Galaxie. Yang ini aku terpaksa tolak sebab tayangan perdana  kat Tropicana. Jauh woo dari Putrajaya. Kalau masih stay kat Selayang, gagahkan diri juga bersengkang mata nak pergi. Tapi dek kerana sekarang dah menetap di sini, tak dapek la.... Hari aku tolak tu, barulah aku share citer dalam facebook. Sekali ramai pula berminat nak pergi. Sayangnya aku dah tolak kat penganjur. Segan hakak nak minta balik. kuikuikui... Kiranya takde rezeki jugalah nak bagi kat kawan lain. Kesimpulannya, sebelum tarik diri tu, eloklah tanya kot-kot ada yang berkenan nak gantikan kita. Ai ai ai... sayang sekali.

Seronok sebab dapat pelbagai kemenangan dari banyak sumber. Memang aku suka siri Twilight. Peluang menang macam-macam ni memang rasa besh sangat. Biarpun hadiahnya tidaklah bombastik, tapi tetap rasa berbaloi sebab memang dah minat ;)

3 comments:

CaDLyNN said...

kite pon menang tshirt n tiket wayang tu..hehe..
amek tshirt je..tiket lantingkan kat kawan2 yg nk pi... :)

Mama Zharfan said...

congrats wan :) beshnya dpt perfume dari lisa magz tu :)

Devi da Lil' DeviL said...

congrats wan! u ni memang ratu majalah...:)