Nuffnang

Followers

Monday, November 28, 2011

Bebelan pagi ini

Sejak 2 menjak ni aku jadi pemalas giler nak berblog. Kenyataan jujur lagi ikhlas. Lebih rela google cari sebarang info yang dikehendaki dan baca blog-blog orang. Malas nak tinggalkan komen. Malas juga nak menulis kat blog sendiri. Rutin kemalasan ini berterusan berbulan lamanya. Setuju? Yeahhhh... Sampai ada yang komplen, asyik-asyik story pasal cooooooontest je. Bila nak story kisah benar lagi lucu Wansteddy? kahkahkah... Berapa ayat diberi penambahan agar lebih sedap dibaca hohoho... 

Aku tak terfikir pula karangan aku boleh mengeletek hati orang sampai boleh buat mereka ketawa. Kadang-kadang aku menaip dengan kening bertaut. Bibir terjuih ke bawah. Semua ini dilakukan secara spontan. Aku tak sedar pun walaupun topik yang aku sedang taip tu isu santai. Ape yang aku merepek ni? Ok la, aku dah malas nak sambung story. Besok-besok-besoklah bila aku kembali rajin, menaip. Aku bebel lagi.

Oh ya, jangan mintak order design dengan aku lagi. Aku dah tak amik sebarang order design blog etc. Sorry! Bukan isu malas. Aku dah tak nak cabangkan banyak sangat fokus. Kalau dulu, ya. Aku ketagih nak mendesign untuk blog. Salah satu sebabnya, aku suka tengok design aku menceriakan blog orang lain. Tapi bila bebanan tempahan tu makin mencanak. Kehendak pula kadang-kadang melampaui batas kemampuan aku, mulalah buat aku menggelabah. Kerja hakiki pun aku tolak tepi. Pendapatan lumayan pun aku terpaksa tangguhkan usaha, gara-gara pelbagai kehendak yang kena dilayani ni. Serik? tidaklah... aku suka gak pelanggan yang cerewet. Sebab dorang tolak aku berusaha ke peringkat lebih baik lagi. Tapi dari sisi penatnya... tak payah cakaplah. Menderita! ahahha...

Sapa kata aku tak sayang? Ofkos aku sedih gak tak dapat nak sharing design lagi. Tapi dalam masa yang sama, aku dah rasa kurang lelah. Sekurang-kurangnya dari segi psikologi, aku dah rasa kurang tension sikit berbanding waktu dulu. Tapi, aku tetap akan share mana-mana design yang ongoing. Mana-mana design aku buat suka-suka atau untuk projek tertentu. Bila masanya? Entahlah...

So, tempahan telah ditutup. Sorry!

4 comments:

Wan Amira said...

as long as you are happy, okeh aje :)

Wan_hazel said...

wan sokong kata2 akak.wan sndri pun tolak tempahan dari blogegr lain..kdg2 ruang utk diri sndri pun kurang..bukan malas cuma nak rehatkan jugak otak dari berfikir.

Walaupun design nie adalah hobi tapi bukan dgn cara keterpaksaan nak siapkan order..kalau dgn cara tak iklhas hasil macam ape ntah..dr buat dosa mcam tu baik tolak je tempahan..bagi peluang lain jugak kat designer lain kan kak..

tu lah kak..rindu nak baca ayat2 hiperbola akak yg menggunung2 tu..slalu entri kontes je...


k lah kak...harap semua berjalan dgn baik dan lancar..Gambate...sesekali layan lah cerita korea or japan kak..hahaha..leh lah tenangkn fikiran..Wan baru habis tgk "one litter of tears" ye memang crita dah lama tapi baru tgk..hehehe

cerita tu best kak..kalau akk blum tgk..akak tgk lah..bkisarkan khidupan.best sgt..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

take your time wan.. rehat dulu.. tenangkan hati ye...

Mama Zharfan said...

me suka jer baca ur entry psl contest heheh