Nuffnang

Followers

Thursday, November 10, 2011

Won The Three Musketeers ticket

Hadiah sempena join contest sms Majalah Gempak. Dua pas wayang filem The Three Musketeers. Ye, memang aku beli majalah tu untuk diri sendiri. Adik-adik aku tumpang baca je. Aku memang sejak zaman belajar lagi suka baca komik dan manga. Habit yang sukar dikikiskan. Bagusnya dengan minat tu, adalah menang sikit-sikit hadiah dari Majalah Gempak. Kipas susah mati Gempak selamanya! ahahha...
Dulu lagi senang nak menang macam-macam. Tapi melalui majalah Utopia. Sejak utopia dilupuskan, aku dah makin jarang menang. Gempak ni memang ramai follower, maka tak hairanlah kalau nama susah nak naik. Alang-alang membaca aku join jugaklah taip sms, saja buang kredit 50sen. Alhamdulillah lekat hadiah jugak. Dan tiket ni dah selamat bertukar tangan dengan adik aku. Tah dah tengok ke belum tu. Jangan dia burn kan saja tiket tu sudah! Aku jual boleh dapat RM20! ahhahah... Xdelah! Kalau menang tiket free, aku bagi free je kat kawan-kawan. Tak koser nak jual. 

Trimas Geng Gempak! Love u all sooooo much! Semoga kekal jadi majalah komik paling gempak dalam negara!

2 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan!

The Anasa said...

Jealous xD Selalu je ada rezeki menang sesebuah contest/ peraduan :)