Nuffnang

Followers

Thursday, March 22, 2012

JP House Renovation TV program (Before-After)


Semalam sempat lagi tonton sebuah rancangan dari Jepun dari Astro 706 LifeStyle HD. Jarang aku tengok channel ni selain dah takde movie besh nak layan atau memang rancangan tu menambat hati. Aku tengok pun dah nak dekat separuh jalan. Memula nak ubah ke rancangan lain, tangguh punya tangguh, layan sampai habis. haha...

Memang dahsyatlah perubahan rumah ni. Dari nampak usang macam nak roboh dan membahayakan pemiliknya, rumah ditranform jadi ala kondo mewah! Bab aku dengki tak hengat tu, semua perkakas dan kelengkapan rumah pun diganti baru! Alala... beshnya kalau flat kecik aku tu en. Takumi nak ubah jadi kondo 3 tingkat... Mode berangan hohohooo...

Aku try meng'google rancangan tu tapi link yang ada macam dah tak boleh tonton. Jadi copyright. Mujurlah ada video ni. Aku rasa pemilik dia yang muat naik sendiri video ni. Boleh la korang tengok sendiri perubahan kat rumah ni. Walaupun mungkin tak lengkap macam rancangan asal tu. Tapi bolehlah nampak perubahan sebelum dan selepas tu kan. Cuba perhatikan rumah ni. Saiz asalnya kecik je. Gelap serta kurang pencahayaan sebab keliling rumah terselubung dengan dinding jiran. Tapi lepas makeover. Pencahayaan  rumah ni macam terletak kat tengah taman. Tak pasang lampu pun takpe sebab cahaya dari luar dah cukup terangkan rumah. Lebih menarik, setiap sudut dimanipulasi sebaik mungkin. Balik dinding tersorok paip air. Selain dapat jimatkan ruang, dapat sembunyikan perkakas tertentu dari menyemakkan mata. Balik susur tangga ada bilik air. Ruang stor lebih besar dan dwiguna. Kelengkapan perabot semuanya dipasang baru ikut kesesuaian bentuk rumah. Pendek kata, pereka yang membina rumah ni memang terorlah.

Arkitek dalam rancangan ni dorang gelarkan Takumi yang bermaksud Grand Master. Semuanya terdiri dari pakar yang hebat-hebat belaka. Dorang bina rumah jadi lebih tinggi dan luas. Kebanyakkan pintu diperbuat dari kaca, tingkap pula lebih tinggi dan besar. Rekabentuk ni membolehkan cahaya masuk dengan lebih banyak. Yang menarik, dinding boleh dibuka atau dipasang ikut keperluan khasnya untuk pisahkan dua bilik.

Hu... beranganlah nak ada orang datang makeover rumah aku... Nak minta jasa khidmat nasihat cat pun kena bayar sekarang ni, apa lagi nak buat full makeover. "Berangan je la dek Pa...." Bak kata kakak aku seperti selalu-selalunya hehe...

1 comment:

pacubob said...

insyaAllah adalah Eric Leong dtg singgah umah nnt....hehehe