Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, March 20, 2012

Menconteng itu HOBI

Aha... dah lama tak melukis tangan. Drawing ni aku guna pen dakwat hitam je. Takde efek-efek photoshop ke kaler-kaler ke. Hakak kau malas nak mewarna. So tengok jelah apa yang ada. 

Dulu-dulu aku ni pantang nampak kertas kosong. Ada pen ke pensil ke mesti gian nak menconteng. Tak cukup kertas kosong, buku teks pun jadi bahan kerja vandalisme aku. Selalunya mana-mana part yang agak lapang sikit, jadi sasaran lukisan aku. Kat kiri dan kanan teks pun aku balun lukis juga, buat macam border. Subjek lukisan aku selalunya orang perempuan. Tah kenapa aku suka lukis orang. Aku tak suka lukis bunga, sebarang jenis kenderaan dan macam-macam lagi. Sebab tu tangan ada sikit gayat bila terpaksa melukis benda alah tu semua guna tangan. Musykilnya bila guna vector drawing, menjadi pulak. Sampai sekarang aku pun musykil. Serius ni....

Mula-mula aku rasa bagus lukis camtu, maksud aku, kejadian vandalisme begitu. Boleh perturun bakat kat adik-adik junior yang bakal dapat buku teks yang sama. Tapi bila dah remaja sikit.... Kepala pun dah makin straight, barulah hakak sedar, perbuatan menconteng buku teks sekolah adalah terlarang sama sekali! Tak kisahlah skill kita ni superb ke atau tahap kena humban drawing ke tong sampah. Menconteng buku teks amalan tidak baik ye adik-adik... Bajet ada budak sekolah baca blog aku ni. hahaha....

Ok sebelum aku merapu lebih lama, lebih baik aku story pasal drawing ni. Tajuknya Little Lamb and friend. Perasan tak reaksi anak kambeng biri-biri tu? Muka cuak semacam je kan... Masakan tidak, kawan-kawan buat surprise maut. Roasted  Lamb? haha... Satu lagi nasihat buat adik-adik, nak buat kejutan kat keluarga, kawan-kawan mahupun saudara mara jangan buat kejutan berisiko tinggi begini. Silap-silap ada yang terlebih teruja sampai kena serangan jantung. Bajet ada yang nak dengar nasihat aku. Hahhaha...

Hari dah makin ke subuh. Sebelum hakak kau terlajak bangun subuh lagi, lebih baik pejamkan mata berehat dulu. Esok masih kena ambil cuti kecemasan. Bagi yang belum tahu. Damia kena chicken pox. Takde family yang dekat nak boleh tolong jaga, so akulah yang kena berkorban cuti nampaknya. Walaupun hati gundah gulana kerja kat pejabat banyak lagi bersisa. Baik, baik... jom kita tido. Selamat pagi...

6 comments:

Siti Asiah said...

Moga Damia cepat sembuh...cantek drawing...:)

Mama Zharfan said...

drawing yg cun! utk contest KR ker wan? good luck tau!!

Nad @ MamaZakwan said...

conteng2 pun cantik juge ;)
kalu conteng2 versi saya mmg comot! haha

moga damia cepat sembuh!
pengorbanan ibu mmg byk dan insya-Allah akan dibalas diSana nanti
sabar2 saje ye

Wansteddy Tales said...

Siti Asiah ~ trimas... damia demam2 masih cergas, syukurlah xnaik gelembung berair besar2 tu lagi. harap2 dptlah sembuh cepat :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ tq kak suzi, haah... :D

Wansteddy Tales said...

Nad @ MamaZakwan ~ trimas Nad, idea last mnt. skecth xsmpai sejam terus ingking. keje malas2 je tu hehe