Nuffnang

Saturday, March 24, 2012

Selamat Hari Lahir yang ke-4 buat anakanda Aliya Damia

Tanggal 24 mac 2008 hari kelahirannya. Masih terbayang pipi merah serta mata hitam penuh saat menatap wajahnya buat kali pertama di Hospital Selayang dulu. Bayi yang sekecil itu kini kian membesar, alhamdulillah... Aliya Damialah rezeki, penawar suka duka hidup mummy dan ayah. 

Selamat Hari Lahir yang ke empat buat anakanda Aliya Damia. Mummy doakan segala kebaikan buat anakanda di dunia dan akhirat. Semoga sihat walafiat berpanjangan, panjang usia, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kebijaksanaan, menyayangi mummy dan ayah serta patuh perintah agama. Semoga dirimu selalu di dalam perlindungan Yang Esa, amin...

Seminggu sebelum menyambut ulang tahun ke empatnya, Damia diuji dengan sakit berjangkit. Chicken pox. Alhamdulillah... Sebelum tarikh hari jadinya dah nampak petanda baik penyakit ini akan kebah dan Damia boleh kembali bersekolah. Ikutkan hati macam-macam kisah Damia nak dikongsi dalam entry ni. 1001 cerita pun takkan habis. Apa pun biar mummy ringkaskan saja segala cerita... Seperti tahun sebelumnya, tiada majlis keraiaan untuk Damia. Cukuplah sehari kami peruntukkan buat anakanda Damia bergembira. Mummy dan ayah akan raikan khas buat puteri ini. Semoga menjadi hari yang diingati Damia. Insya'allah...

Selamat Hari Lahir puteri mummy...
Berbangga perolehi dirimu sebagai pelengkap hidup kami...

7 comments:

Mama Zharfan said...

epi besday damia!! moga jadi anak solehah amiin

Wan_hazel said...

selmat hari jadi adik Damia..Semoga menjdi anak kebanggan ibu dan ayah..Insya Allah ikut macm mama dia..suka akan art..hehhee..

Wan doakan adik Damia sentiasa diberi perlindungn oleh Allah..bermacam macam cabaran yg dah adik Damia lalui...Yep adik Damia memang kuat..

Selmat hari lahir...

gewecun said...

happy befday damia comel..moga jadi anak yg solehah,bijaksana di dunia dan akhirat..:-)

Cik Puan Nurul said...

hepi besday ohhh 4 thn eh nampak cam dah 5thn je..
sekejap je kan masa berlalu

AyuArjuna BiGoshh said...

selamat hari lahir damia...moga sentiasa sihat dan ceria selalu :)

Mama Balqis BPB said...

Selamat Hari Lahir...Makin terserlah kecomelan Damia...Jadi anak yang baik, bijak, solehah yer sayang.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

moga jadi anak yg sentiasa menenangkan jiwa mummy ye...