Nuffnang

Followers

Tuesday, April 24, 2012

Aku tak suka jadi cikgu

Hari membuat pengakuan. Saya memang fail mengajar. Kalau tak percaya, korang boleh tanya pendapat adik-adik aku berdua tu. Confirm dorang angguk kepala, penuh saksama. Setuju tanpa perlu menjaga hati kakak mereka ini hahaha... 

Bila mengajar, emosi cepat je nak melenting. Ton suara automatik naik dan naik lagi seiring dengan tapak tangan. Cepat je rasa nak tunjal kepala. Atau nak cubit-cubit peha. Walhal diri sendiri pun tak pandai mana.

Pernah dulu aku cakap kat mak... "Besar nanti epa nak jadi ustazah!" Muka serius confident. Mak pandang aku dengan muka bercahaya bangga dengarkan cita-cita anak perempuannya ini. Sedang kakak aku pulak boleh terbahak-bahak gelakkan aku dengan muka penuh perasaan. Cisss.... Sejujurnya aku cakap camtu sebab nak sedapkan hati mak je. Hakikatnya aku memang tak minat menyandang status guru. Rasa terbeban bukan kepalang. Justeru bila zaman kecik-kecik, cikgu tanya nak kerja apa bila besar nanti. Aku dengan yakin tulis, jururawat, pramugari (tiru kawan) dan doktor. Tah kenapa jawatan besar aku letak kat pilihan ketiga. Nampak tak sikap humble aka rendah diri aku itu? hahahah.... Gila!

Berbalik topik aku tak suka jadi cikgu tu. Harini buat lawatan kat sekolah Damia. Borak dengan cikgu-cikgu sekalian, maka tahulah aku. Lepas ni wajib aku tekankan subjek pembelajaran pula dengan Damia. Damia sangat bijak, cuma  terlalu malu nak luahkan kata-kata. Nak-nak waktu pagi. Orang ni mengantuk. Masakan tidak, tidur pun lewat malam. Puas ajar tidur awal pun. Nak melayankan iPad nya bawa ke pagi. Manalah tak kantuk waktu sekolah kan....

Tapi subjek art memang nombor satu! Cikgu kata, kalau nak kembalikan mood baik Damia, kena mulakan kelas dengan aktiviti mewarna. Haih... memang anak mummy la Damia ni. Dan Cikgu Damia pun cakap, "Dah emak dan ayahnya orang seni..."




6 comments:

Mama Zharfan said...

darah seni tu hehehe

Ezna Khalili said...

darah seni mengalir tu

yumielufya said...

sekurang-kurangnya Wan dah jadi Cikgu UNtuk Damia..jgn mudah melenting dengan anak sudahla...

CaDLyNN said...

wah...damia pon berbakat ye..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah nie kena mtk amana belajar seni dgn damia nie. damia nak jadi cikgu amana? ekeke

Wansteddy Tales said...

sabor je la kan... hahaha