Alhamdulillah... selesai sudah acara shopping spree dengan Cosmoderm yang berlangsung sabtu lepas. Syukur alhamdulillah... Wan memenangi tempat pertama dalam peraduan Sunny Shopaholic Cosmoderm! Sangat mengejutkan sebab Wan sendiri tak confident menang apa-apa dalam contest ni. Saingan yang sangat hebat dan para peserta pun semuanya kreatif dan cantik-cantik belaka.
Sabtu tu kami berkumpul di Paddington House Pancake di Midvalley jam 10 pagi. Tapi kami terlewat sikit. Yumie pun baru sampai masa ni. Tapi dah siap order breakfast sekeluarga. Masa ni sessi berkenalan dan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan haritu.
Selesai makan, kami bergambar beramai-ramai depan Paddington House Pancake. Lepas tu setiap pemenang disertai pengiring dari Cosmoderm dibenarkan bersiar-siar mencari hadiah yang ingin dibeli. Maka bermulalah acara shopping spree dalam Midvalley :)
Target utama Wan terus ke Jaya Jusco tingkat 2. Wan dah siap senaraikan barang-barang nak beli. Supaya dapat target nilai keseluruhan barang yang dibeli. Tapi... lain yang ditulis, lain pula yang dicapai! hehe... Benda pertama yang tersenarai dalam list barangan Wan ialah Printer laser Xerox. Yang kedua alat steamer berjenama Firenzzi ni. Alat ni macam seterika gak. Bezanya kita tak perlu nak guna iron board. Cuma gantung dan layangkan pemanas sekeliling pakaian. Siap diserika :) Dah lama nak beli alat ni. Tapi sebabkan mahal, tangguhlah dulu. Dan peluang dapat shopping free memang sangat berbaloi. Dapat beli barang yang selama ni diidamkan saja. Akhirnya!
Damia siap order beg troli Hello Kitty berharga RM99! Beg ni bolehlah bawa berjalan atau ke sekolah. Wan belikan rak Princess berharga RM199 untuk Damia. Tujuannya nak ajar Damia belajar mengemas sendiri barang-barang permainannya yang selalu bersepah di keliling rumah. Hadiah lain yang Damia dapat, set permainan berharga RM5 di Honade Shop. Cash RM5 tu ngam-ngam mencukupkan nilai Rm2k!
Hubby sedang dengar penerangan cara-cara nak gunakan printer laser jet Xerox. Wa... memang besh printer ni. Kat opis pun guna printer Xerox. Compare dengan printer ink jet. Laser jet ni lebih pantas dan warnanya pun lebih cantik. Cuma... mahal sikitlah. Memang dah lama teringin nak beli printer laser peribadi. Hubby yang galakkan beli printer ni. Syukur, dengan hadiah dari Cosmoderm, banyak barangan yang diidamkan berjaya dimiliki. Terlalu happy!
Miss WaiWai dan jurufoto freelance (maaf lupa namanya). Mereka mengiringi kami sepanjang acara shopping spree ni. Sangat sporting dan ramah. Banyak berborak dengan Miss WaiWai tentang produk Cosmoderm dan hadiah yang Wan pilih haritu :)
Hadiah terakhir yang jadi pilihan Wan ialah basikal senaman berharga RM799 ni! Memang dah lama nak beli basikal ni. Buat kegunaan keluarga di rumah. Sangka hanya boleh shopping dalam Jaya Jusco. Rupanya boleh pergi ke mana saja kedai dalam Midvalley ni asalkan cukup dengan cash 2K! Bila pusing-pusing JJ dah takde benda nak beli, Wan target nak belikan gelang atau rantai emas untuk Damia. Kalau tak jumpa alat senaman yang dihajati, memang barang kemaslah sasaran Wan. Tak sangka, keluar saja sama level dengan JJ tingkat 2 ni, terus jumpa kedai alat senaman. Kedai pertama, Wan masuk pusing dan keluar balik. Sebuah basikal berharga sekurang-kurangnya RM1000 lebih dan ke atas, sedangkan baki cash tak sampai 1K. So Wan singgah ke Aibi. Jumpa basikal yang dihajati! Siap ada potongan harga lagi. Memang berbaki lagi duit yang ada. Staff Indian ni siap tanya lagi macam mana Wan join contest sampai menang 2K. Berminat sangat dia nak tahu pasal contest montest ni hehe...
Mencuba basikal yang dibeli. Inilah basikalnya. Sorry tak dapat paparkan penuh. Ambil gambar pun separuh je hehe... Harini kalau takde aral, basikal ni akan dihantar ke rumah. Tak sabar nak berbasikal sambil bersenam.
Lepas penat bershopping kami berkumpul semula di The Yogitree, The Gardens, Mid Valley. Makan tengahari di sini ditaja sepenuhnya oleh pihak Cosmoderm. Tempatnya cantik sangat dan terpencil sikit di aras 1 The Garden. Miss WaiWai maklumkan, biasanya tenpat makan ni sunyi dan selesa je. Tapi kebetulan hari sabtu tu ada acara catwalk kanak-kanak kat tingkat bawah. Maka gegak gempita jugaklah suasana petang tu.
Nasi lemak istimewa berwarna hijau. Damia memang berselera makan sampai hampir habis.
Tahniah buat Cik Athin yang cute, pemenang tempat ketiga. Cik Athin memenangi hadiah cash bernilai RM500! Puas shopping untuk diri sendiri kat Athin. Athin ni buka bisnes mengandam. Sempat mengusik Cik Athin, confirm picca beliau lawa sebab orangnya pandai bersolek :)
Lepas jamuan tengahari, sessi bergambar dengan hadiah yang dipilih. Ada yang tak lengkap dalam hadiah Wan ni sebab basikal senaman tu akan dihantar melalui delivery hari ini. Tapi semua yang ada ni pun dah memenuhkan ruang meja. Barangan pilihan Wan Beg sekolah Hello Kitty milik Damia bernilai RM99. Rak Princess bernilai RM199. Steamer Firenzzi bernilai RM298. Printer laser Xerox bernilai RM599. Basikal senaman Aibi bernilai RM799. Permainan Damia dari Henode Shop bernilai RM5. Alat senaman bernilai RM69 di sebelah Damia tu diberi secara percuma dengan pembelian basikal senam di Aibi. Alhamdulillah... Cukup RM2000 tanpa perlu menambah sen :)
Yumie pemenang kedua! Yumie pilih gelang emas buat anak perempuannya. Memang berbaloi emas tulen bernilai RM800 lebih tu. Ini kali kedua Wan jumpa Yumie tau. Pertama kali jumpa masa penyampaian hadiah contest Jacker dulu. Yumielah pemenang yang dapat RM20k! wuhoooo! Tak sangka berjumpa lagi kita kan Yumie... Walhal sorang di Kelantan, sorang di Putrajaya jarak jauhnya. Nak jadi jodoh berjumpa lagi. Yang terharunya Yumie sanggup bawa anak-anak ke KL untuk hadiri acara shopping spree ni dalam keadaan sarat mengandung (8 bulan). Kalau Yumie tak bawa anak bujangnya ni, Wan memang sangka Yumie cuma ada anak perempuan tunggal je. Rupanya yang sulung dah bersekolah darjah 3! Ibu muda lagi berbakat lah ni :) Kalau nak tahu... sebelum pengumuman pemenang contest ni. Yumie ada cakap kat Wan "Gambar Wan cantik, confirm boleh menang" Jujurnya Wan tak confident pun. Sebab tu dengan rendah hati cakap "susah nak bersaing dengan peserta cantik molek yang lain". Tak sangka berkat masin mulut Yumie, Wan dapat juga hadiah pertama. Oh ya, cakap pasal masin, Yumie siap bawakan telur asin yang dibuat sendiri dari Kelantan untuk Wan! Wawawa... Terharu sangat.. Memang jaranglah dapat kawan yang sebaik macam ni. Trimas Yumie... Wan tak bagi apa-apa pun kat Yumie masa kita jumpa tu. Harap-harap lain waktu dan hari kita dapat jumpa lagi. Dan harap-harap kat event contest jugak hehehe...
Para pemenang dengan hadiah masing-masing. Gambar hadiah Athin tak sempat nak ambil. Tapi nilai RM500 cash memang berbaloi sangat sebab Athin beli pelbagai barangan besh untuk diri sendiri. Make up, handbag, seluar jeans dan semuanya berjenama. Memang besh sangat!
Staf Cosmoderm. Terharu dengan layanan mesra kalian. Puan Mawarni memang ramah dan baik hati sangat. Sepanjang masa ambil peluang berborak dengan semua pemenang. Miss WaiWai yang tak lekang senyuman dan tabah mengikut kaki Wan sepanjang masa. Miss Nadia designer yang ramah dan sempat kongsi tips contest dengannya haha... Dan semua staff lain. Dari pagi sampai ke petang dirai dengan mesra sangat. Terima kasih kerana memilih penyertaan Wan sebagai pemenang hadiah pertama. Kenangan sertai shopping spree ni takkan mudah dilupa sampai bila-bila. Akan datang kalau ada lagi contest dari Cosmoderm, jangan berlengah sertainya. Sebab penganjur memang besh dan gempak sangat. Terima kasih Cosmoderm!
12 comments:
tahniah....mmg best...tringin nk menang shopping spree pulak...;))
Contest ni sngt bermakna buat kami sekeluarga. Selain sbb ini pertama kali join shopping spree. hadiah main kaut je apa yg kita nak. layanan dr pihak penganjur pn SUPERBB! makan je kerja kitrg haritu hehe... Salute dgn pengurusan Cosmoderm yang anjurkn cnts srta acara yg besh cmni :) Rasa bertuah sngt terpilih kalangan pemenangnya :)
congratssss :) siyes besh!!
Tahniah sekali lagi Wan..tak sangka ya kita berjumpa lagi..kenangan masa shooping ni memang banyak meninggalkan kngan manis utk kita berdua..harapa lepas ni kita jumpa lagi di lain contest..
Mama Zharfan ~ tq kak suzi :D
yumielufya ~ insya'allah... rasa xpuas nk borak2 dgn yumie haritu. insya'allah... ada jodoh kita jumpa lagi :D Jangan lupa updtae dalam blog baru tu Yumie!
wahhh beshnyerr..congrate! Yaya cume dapat hadiah misteri tu je..ok la tu..dari xde..hihi..
dalam bnyk2 adiah wan beli tu Yaya 2brg, printer dengan bskal snaman tu..wahhh memang Yaya minat jgk..untungla...^o^ congrate again..ye! =D
bestnye wan.. tahun nie wan banyak menang besar. ganti sedih wan tahun lepas kan? suke suke..
tahniah besanku :)
antara contest kemenangan yang diidamkan adalah dapat shopping sesuka hati macam wan buat ni.. best nyer wan.. tahniah sangat2 yer..
seronokkkkkk nye shopping x de limit masa..leh pilih2..:-)
Slm,
Tahniah yer Wan, besh tul dapat shopping spree tu.Syok sangat tgk Wan tahun ni byk menang besar..hihi..Semoga wan terus menang lagi Insya Allah...
Rgds,
Su
Post a Comment