Semalam balik lewat dari pejabat. Dalam perjalanan balik tu kami ternampak lampu warna warni kat bawah jambatan di Taman Seri Empangan, Presint 4. Rupa-rupanya ada pekerja yang tengah bertukang bina bot berhias sempena pesta bunga, Putrajaya FLORIA 2012 nanti. Wan pun terus ajak hubby turun tengok dekat jambatan. Tapi sebab jalan kena tutup, kenalah cari parking kat area Taman Empangan pula. Jom tengok apa yang sempat kitorang jengah-jengahkan semalam.
Dari Taman Empangan ke bawah jambatan tu dekat je. Nampak tak bangunan kat depan tu? Salah satu dari 3 serangkai tu la bangunan tempat Wan bekerja :) dekat je. Taman Empangan ni memang tempat laluan wajiblah tiap kali berulang dari rumah ke pejabat.
Mula-mula sampai, nampak dah patung gajah yang sedia berdiri. Binaan ni akan dimuatkan dalam bot berhias nanti. Tengok jarak jalan tu. Kemain lagi Damia mengelak nak dekat dengan gajah tu haha...
Very da fokus... Gaya berdiri ala-ala YB dah okey... Siap puji-puji lagi cantiknya lampu berwarna warni tu. Sebenarnya bukan anak je kagum, mommynya juga jakun haha... Ini pertama kali tengok orang bina bot berhias. Sebelum ni tengok dalam TV je, itupun bot yang dah sedia belayar.
Too focus sampai tak pandang kamera dah. Tangan je naik buat peace tak menjadi. Berlatar belakangkan Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya. Fokus utama pengantin-pengantin bergambar untuk photobook haha... Kadang-kadang waktu petang atau lewat senja mesti nampak pengantin berlari-larian cari tempat shoot. Macam-macam style ada. Antara hiburan secara tak langsung tiap kali balik ke rumah.
Antara bot berhias yang dah hampir siap. Masa ni para pekerja tengah testing-testing lampu. Nampak tak jejambat atas tasik tu? Masa kitorang berdiri menikmati kecantikan lampu ni tiba-tiba ada sorang staff tu ofer kitorang berjalan lebih dekat dengan bot. Boleh tengok lebih dekat katanya. Tapi kitorang tak turun pun. Takut nak dekat dengan air, sebab Damia ada. Kepala pikir yang bukan-bukan takut jambatan teroleng ke... jatuh dalam air ke. Al maklum hakak kau ni cuai sikit orangnya. Alangkan berdiri pinggiran jalan tu pun boleh tersadung nak terjatuh kat rumput! haha... Asyik memerhati punya pasal.
Dah nak balik jumpa pula 'anak gajah' ni. Tinggi lebih sket je dari Damia. Barulah cik adik ni berani nak bergambar dekat. Tu pun tengok, jaga jarak gak tu. Takut gajah bergerak gamaknya hahah... 'Baby Ely' (elephant) kata Damia :)
Jomlah memeriahkan Pesta bunga kat Putrajaya. Ewah, aku mengajak orang, belum tentu yang mengajak ni akan pergi. Pertama sebab esok Damia ada sukan anjuran tadika dia. Kedua, ayahnya outstation kat Penang. Entahkan dapat ke tidak ke acara sukan Damia tu. Harapkan ehsan aciknya. Harap-harap dapatlah ke sukan Damia esok. Bagi yang berminat nak ketahui lanjut pasal Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012 ni boleh jengah laman Putrajaya Floria 2012 ni. Macam-macam aktiviti ada. Aktiviti bermula dari 30 Jun hingga 8 Julai 2012. Masuk percuma. Masa pesta Bunga ni dari 9 pagi hingga 10 malam (hari isnin hingga khamis). Hari jumaat hingga ahad bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Info pasal contest pun ada. Pertandingan cat air. Kalau nak join boleh rujuk poster ni. Atau semak maklumat lanjut pasal contest kat sini. Selamat berjaya. Tak mungkinlah aku akan join contest ni. Dah lama tak pegang berus air. Keduanya, jika dengan adanya Damia pasti tak jalan projek drawing aku. Sebab confirm Damia pun ralit nak mix color nanti haha... Cik adik Damia memang penggemar art tegar. Entahkan ikut peel sape hehehe...
2 comments:
nampak menarik :)
hurm, taun lepas dapat pi, taun ni x tahu lagi... tengok keje hubby ada masa ke x...
Post a Comment