Hadiah ni sempena sertai SWL Write & Win Contest sisipan dalam majalah Her World kalau tak salah. Alhamdulillah... sangkut sebagai salah seorang pemenang. Hadiahnya Shiseido Basic Kit. Bagi yang dah sedia maklum dengan produk Shiseido ni tentu tahu nilai produknya. Sangatlah mahalnya. Sesuai sangatlah dengan kualitinya yang sangat memberangsangkan.
Sayang betul Wan tak catat pun apa yang Wan tulis dalam form tu. Memang tak jangka sangkut pun. Wan ni memang lemah bab nak mengarang slogan ni. Rasa rendah diri dan tak yakin sangat. Sebab tu kala menang rasa tak percaya. Terima kasih pada penganjur yakni Shiseido Malaysia!
No comments:
Post a Comment