Nuffnang

Followers

Wednesday, June 27, 2012

Won Body Natur products worth RM220!

Alhamdulillah... terima hadiah produk Body Natur bernilai RM220! Hadiah ni dah lama Wan terima, tapi baru ni nak upload. Hadiah kalau dah simpan dalam paperbag memang jadi lupa nak amik gambarnya. Nak-nak bila mood sangat malas nak snap snap gambar. Tersimpan je la dalam paperbag. Tapi kalau simpan dalam kotak simpanan dalam stor memang terus terlupalah jawabnya haha...

Menang lucky draw atas website Her World. Kalau tak salah contest ni berakhir pada oktober 2011 lepas. Baru Mac lepas terima. Sayangnya voucher Vila Manja tu dah tamat tempoh pun masa hadiah diterima. Tak tahulah pemenang lain, sama ada dorang claim voucher baru atau biarkan saja. Kalau ikut Wan, kira burn dah voucher tu. Simpan dalam folder je sebagai kenangan, huhu...

Feminine Wash jenama Eve. 

Handmade soap. Ada 3 jenis haruman. Aloe Vera, Roselin dan Charmomile. Wan sangat suka sangat pakaging sabun ni. Nampak sangat klasik dan spa look kan hehe... Body Natur ni khas untuk penjagaan tubuh. Suka bau produk-produk Body Natur ni. Lembut dan wangi sangat nak-nak sabun handmade'nya. Haruman yang segar saat menciumnya :)

Spa voucher Vila Manja. Wan pernah ke spa ni tahun lepas atas tajaan kak Yantz. Tahun lepas Kak Yantz mengandung, so tak dapatlah dilipat-lipat ala karate macam yang Wan kena haha... Teknik mengurut untuk ibu-ibu mengandung pun ada. Boleh rujuk entry bertajuk: Pengalaman pertama berSPA di Vila Manja... BESH!!! Memang sangat besh dan mantap! Kalau siapa-siapa suka memanjakan diri kat spa, bolehlah cuba khidmat spa Vila Manja. Pelbagai jenis teknik  urutan pun ada. Wan suka dekorasi spa ni. Gaya Bali dan kekampungan. Interior design pun menarik. Siap ada kolam kat dalam rumah! Part besh layan lentok bau inai masa terapi urut dijalankan. Asyik sekali... Memang besh!

Terima kasih banyak pada Her World untuk hadiah ini :)


4 comments:

gewecun said...

tahniah wan..ala sayang voucher tu dah tamat..

Mama Zharfan284 said...

congrats wan :)

Wansteddy Tales said...

gewecun~ betul tu gewe... tamat pn bulan disember lepas. hadiah dpt jauh dr tarikh tutup. xtaula pemenang lain mcm mana. kalau argue myb boleh dpt lanjutkn masa tu :)

Wansteddy Tales said...

thanx kak suzi :)