Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, July 9, 2012

Karangan yang terbit dari kepala tanpa idea nan kritis

Kepala rasa berat je. Ikut hati nak je lelapkan mata barang sejam dua. Dapat baring kuak lentang pun ok jugak. Tapi mengenangkan kerja minggu lepas yang belum siap, gigihlah celikkan mata. Walhal kalau bubuh batang mancis celah kelopak mata confirm mudah patah. Kantuk ya amat... 

Nak kata sebab berjaga sampai lewat malam tidaklah juga. Dah biasa pun tidur lambat. Mungkin la sebab sebelum tidur tu pulun cuci rumah, sapu keliling rumah. Mop lantai, sental marmar, cuci kabinet. Kemaskan peti ais. Benda yang remeh temeh yang orang malas nak peduli. Tapi kalau tak bersihkan, biar pula berkulat, alamatnya sikit-sikit lama-lama makin jelak di pandangan. Orang tak kan nampak pun nak menyental hatta sebijik jubin pun guna kudrat juga. Itulah tanggungjawab surirumah tangga sepenuh masa sebenarnya. SALUTE! 

Pendapat akulah, kerjaya mengurus keluarga lebih sukar dari jadi ketua bos di pejabat! At least balik rumah main arah je orang gaji buat itu ini. Tapi spesis pekerja pertengahan macam aku. Di opis bukan bos, di rumah berpangkat setara dengan orang gajilah juga. Masakan tidak. Kerja menguruskan rumah pun di tangan-tangan wanita yang separa surirumah ni.

Dah 3 kali tukar header harini. Sedar tak sedar dah banyak tahun dah blog Wansteddy ni wujud. Rasa nak bagi tepukan kat diri sendiri jugak sebab berjaya wujudkan bog sendiri. Walaupun jarang benar nak update dah. Tapi sekali sekala datang mood boring, rasa nak membebel, di sinilah selayaknya buah fikiran aku diterbitkan. Nak harapkan novel, jangankan perenggan karangan, tajuknya pun takde! hahaha... 

Dari blog suka sembang pasal anak, kepada luahan perasaan tentang dugaan hidup nak-nak ketika Damia sakit teruk gara-gara eczema dulu. Pastu mula langkah join biznes design blog. Tapi banyak pulak masalah sampai aku hilang passion nak mendesign. Pastu mula berjinak-jinak dengan dunia contest. Langsung mood nak mendesign kian surut, nak berblog pun malas ya amat. Kalau dulu, sebelum g kerja, waktu mandi, waktu kerja, sebelum tidur, menderu-deru idea nak membebel kat blog. Sekarang ni jangan kata idea, nak berfikir pun aku malas. Iye tak iye pun datanglah kejap singgah jengah blog sendiri. Selebihnya sering diabaikan sejak  kebelakangan ni.

Sambung kerja, kata tadi kerja banyak. Bolehlah pulak membuang masa kat sini. Dah hampir suku jam ni menulis merapu je hahah...

12 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

jarang dapat baca karangan dari wan.. :) apapun moga terus maju dalam apa yang diusahakan

Ummi Rayyan & Rayees said...

hihi su tau pasal wan sebab wan selalu join n menang contest..selalu jadi silent reader jer.Aritu nampak gambar wan menang LCD tv utk contest marigold dlm newspaper.Congrats.

Wan_hazel said...

salam kak wan..ahahha,,memang macam tu lah kak wan..skang nie wan pun memang kerah kudrat sehabis habis nya nak update patah2 perkataan dalam blog..Walaupun entri sekadar 2 3 ayat..

lama dah tak baca bebelan akak kat blog..rindu ...

salam Ramadhan yang tak lama lagi bakal tiba kak wan...

Liza said...

Jom join contest kat blog Liza. Hadiah Corningware...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

btul tue kita nie mcm supermak keja pejabt keja umh haiiiii

Nur-nba said...

Suka baca karangan Wan.. hehe

Biasalah tu Wan, mood blogging memang ada pasang surutnya.. Itu baru 3 tahun, Kak Nur dah 4 tahun.. Kadang2 tak merapu, cuba tepek gambar je.

Cantik header baru tu.. :)

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ mengarang menuntut ilham. kdg2 bila mood menulis dtg, waktu sngt bz pula huhu

Wansteddy Tales said...

Ummi Rayyan & Rayees ~ trimas banyak sudi singgah blog wan. blog ni kdg2 berasap, kadang2 senyappp je kan haha

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ salam wan, akak pun rindu nk lepak2 berblog dan menulis mcm dulu. teringin amat nk terjah blog2 geng yg rapat dlu. tp masa very da kesuntukan. hutang entry akak pasal citer raya dlu pn belum ditunaikan lagi kan wan! nantilah ada masa akk kan karang juga. tersimpan je dlm memori asyik lupa nk luahkan haha

Wansteddy Tales said...

Liza ~ insya'allah :D trimas sudi jemput join cnts liza :D

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ supermak yg xde gaji haha

Wansteddy Tales said...

Nur-nba ~ mood berblog ada pasang surutnya kak nba. harap2 wan lebih rajinlah meluahkan entry lepas ni. asyik cerita yg sama je org bosan pula kan hehe