Nuffnang

Followers

Wednesday, July 11, 2012

3 kesan lepas exciden ~ idea menulis entry kerana insiden Kak Ayu

Tiba-tiba teringat cakap mak suatu ketika dulu. Kalau kita exciden ni selalunya akan dapat 3 kesan. Sama ada kesan serentak atau salah satu dari tiganya. Pertama: dapat sakit. Kedua: barang atau kenderaan yang melibatkan kejadian exciden kita tu rosak. Keluarkan cash nak baikpulih. Ketiga: dapat malu. Nak-nak kalau exciden depan khalayak. 

Walaupun sebenarnya orang ramai tu sebenarnya simpati kat kita. Tapi secara automatik perasaan sebal, malu menggila tu wujud. Nak-nak terbongkang depan orang ramai. Rasa nak sorok muka dalam longkang berdekatan. Kalau ada plastik beg pun oklah, boleh sarungkan kat kepala. Asal jangan orang cam muka kita. Nak-nak teknologi hebat sekarang ni. Semua handphone dah ada kamera. Suka benar nak update kisah sensasi lagi terkini, terus snap snap gambar tak fikir tahap ke'malu'an mangsa exciden tu huhu...

Kenapa boleh terdetik kata-kata mak? Sebab baca status kak Ayu dalam FB dia. Aku baca dengan mata luas terbukak, habis stetment tu, masa berlalu beberapa detik dengan kepala puas memproses ayat yang bagus nak tambah komen. Agak-agak lucu pun ada, simpati lagilah pula. Bayangkan kena kat kita, sanggup dengar orang gelak? Tapi kalau nak amik kira, perkara terjadi tanpa sengaja. Harap-harap takdelah yang rakam gambar kak Ayu jatuh tu. Kot tak... SAMANNNNN! hahah...

Kesimpulan dari kejadian ini. Malang takde bau. Maka berhati-hatilah walau di mana anda berada. Pesanan serta nasihat hari ini. Sekian....

owh... harini takde gambar, hakak kau malas nak melukis walaupun hanya copypaste balik je dolly lama. Harini yang fenat sekali. Terkejar-kejar membontoti masa... Ewah! Sesuka je bubuh ayat tersebut. Tabiat menulis secara sukahati penuh sukacita haha...

6 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

hahaha..masa jatuh tak rasa malu sangat..tapi part nak kuar dari KFC dan part ramai jer staff KFC nak amik tahu tu tiba2 rasa malu hahahaha

Nur-nba said...

Kena berwaspada selalu.. Malang memang tak berbau.. Kena peka dengan persekitaran. Nur pernah jadi mangsa samun, syukurlah tak cedera.

Unknown said...

ila nie pun selalu main duduk, main jalan, main pijak je..selalu hubby marah sbb tak peka.mmm

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ koman2 citer kak ayu ni bawa idea kat wan menulis semula! haha

Wansteddy Tales said...

Nur-nba ~ pernah gak terlibat dlm kes rompakan. tp mujurlah bukan wan mangsanya. takut giler bila kenang2 kes tu. betul2 depan mata!

Wansteddy Tales said...

mama amana ~ kita sespesis la ila.. very da clumsy! haha