Nuffnang

Tuesday, July 3, 2012

My meja kerja

Aku masuk contest Lembaga Zakat Selangor minggu lepas. Oh ya, untuk makluman pembaca, yang mungkin jarang sekali singgah blog ni, Kadang-kadang empunya blog ni pakai ganti nama Wan atau selamba je beraku kau. Ikut mood menulis. Kalau tengah serabut belasah je guna semua kata ganti nama. Asalkan benda yang dihajati untuk diblogkan tertunai haha.... Sambung citer. Haritu aku siaplah suruh member opis tolong snap snap amikkan gambar hakak yang sedia buruk ni. Silapnya amik gambar lepas kerjalah solat. Habis make up luruh, tak sempat nak touch up. So cercomot ler muka haku'kan haha...

Yang tragisnya, bila upload gambar ni orang lebih berminat tengok background meja kerja aku. Punyalah bersepah, ada pula yang sudi puji comel, cantik. (Bukan hakak kau riak memuji diri ye). Cer baca facebook atau cer tengok pm FB hakak. Ceh, macamlah aku nak tunjuk! hahaha... Walhal kalau orang datang singgah bilik ni tobat kesat peluh kat dahi. Bersepah-sepah! Malas hakak kau nak mengemas. Kakak cleaner lagilah, dah malas nak tanya. Apa kesnya aku buat kat bilik sampai asyik bersemak je. Ironinya, kalau bilik takde sampah, segera je dia tegur, "Owh, harini takda sampah ya?" hahaha... perlilah tu!

Tengah melamun dengan kerja baru harini. Saja membebel jap buang masa. Tetttt!!!!! Masa dah time! Jom sambung keje!

5 comments:

MayaYunus said...

comel peeewww

Miss Sunshine Kelly said...

banyak hiasan barang cute-cute kat meja wan

BabyIntan com said...

Lebih berseri wajah Wan adalah, air solat tu kan penyeri wajah :)

P/s: bila tgk meja kerja mu itu, terasa rindu lah pula my meja kerja ku zaman dolu-dolu :)

Nurul Nadia said...

sis ... nak minta tolong sangat2...nk minta tolong design biz card utk diedarkan dekat pameran....

contact saya sis..
plz plz

oreoberryberr@gmail.com

Mama Zharfan said...

meja nampak comel ajer :)