Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, August 9, 2012

Bilalah mood mau mari ni....

Harini nampak dunia segar bugar. Masakan tidak, aku ketiduran semalam dari jam 9 lebih sampai ke pagi! Waktu tidur yang sangat awal bagi aku yang biasanya tidur jam 2, 3 pagi ni haha... Sebab tu mata aku macam Panda Bear. Tanda hitam kat bawah mata. Tutuplah dengan make up tu, still nampak.

Lepas masak berbuka untuk family semalam, makan, sempat aku tengok facebook. Niat nak kerjakan contest tertunggak. Tapi mood ke laot semalam. Maka hilang segala minat nak buat apa-apa. Puaslah aku menggodek komputer nak buat macam-macam benda. Tak jalan jugak. Siap buka  game The Sims 3. Ralit main sambil diarahkan Mek Mia yang sukaaa sangat game tu. Bila aku dah boring. Biasanya aku main 2,3 jam game tu. Tapi semalam betul-betul takde mood. Dalam 5 minit je dok main, dah stop. Sampai kena cepuklah dengan Mek Mia sebab aku tak nak sambung main game tu. Dia reti tengok je, tak reti nak mainkan. Kecuali kalau guna iPad2. Lajuuuu je mainkan sendiri game dia. Kalau guna yang PC, jenuh nak tercari-cari icon n klik-klik. Tu yang nanar sikit tu.

Ape kes aku merepek pagi buta ni? Jujurnya mood meng'online aku ke laot juga hari ni. Saja menulis dulu. Pasni nak stop online, buat kerja lain. Kalau masuk entry baru tu bukan sebab aku ber'online ye. Tapi entry yang aku dah autopublish. 

Ok la... semakin merepek sudah. Bilalah mood mau mari ni. Haih...

No comments: