Nuffnang

Followers

Wednesday, August 8, 2012

Won 2nd Prize Cafe 99 Inspire & Win! Contest

Alhamdulillah... Wan menang hadiah kedua Cafe 99 Inspire & Win! Contest. Hadiahnya berupa sebuah raket badminton berjenama Yonex edisi khas. Model produk ni tentunya jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei!

Syukur alhamdulillah... Sebelum ni Wan dapat raket squash dari contest Gatorade yang jadikan Datuk Nicol David sebagai duta produknya. Kat sini link kisah entry tu: Won 2nd Prize Gatorade Kira & Menang Contest. Dah ada 2 buah raket kat rumah. Pilih je nak main game yang mana-mana. Badminton ke raket ke hehe... 

Senarai pemenang bagi bulan Jun 2012. Hadiah kedua Wan menang sempena join contest anjuran Cafe99. Sebelum ni nama Wan sendiri yang naik. Dapatlah hadiah saguhati.  Wan kisahkan dalam entry bertajuk: Won Inspire & Win Contest! 

Dapat berpek-pek kopi jenama Cafe 99. Wan sedekahkan pada famili dan selebihnya guna sendiri sebab Wan memang penggemar kopi yang tegar. Sakit kepala ke migrain ke, nak  minum kopi juga huhu... Jimat belanja berbulan-bulan. Sekarang semua stok dah habis. Wan amik barkod je, isi form baru dan hantar. Takde isi slogan beria. Langsung tak deko ke apa. Hantar sekontang kanting gitu je sebab dah habis pasrah+ malas nak berhias. Alang-alang ada barkod tu drop je. Tak sangka penghantaran terakhir ni yang lekat menang hadiah atas nama adik tu. Betul-betul pure luck. Syukur  kepada Tuhan...

Terima kasih pada penganjur contest Cafe 99!

3 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah wan

Ummi Rayyan & Rayees said...

tahniah wan..

eija_sweetmama said...

Tahniah, Hadiah yg sgt besh dpt raket badminton edisi khas Yonex tu..:)