Alhamdulillah... Hadiah yang besar ganjarannya buat Wan kali ni. Satu beg penuh dengan hadiah bernilai hampir RM2K. Sejujurnya Wan dah terhilangkan keratan form contest asal. Juz ambil form isi atas poskad dan hantar. Lebihannya buang. Wan memang jenis potong 1 mukasurat sekaligus. Bila dah menang teraba-raba cari maklumat tepat. Tak jumpa pula. So anggaran keseluruhan hadiah ni lebih kurang RM2000 rasanya. Kemenangan sempena sertai peraduan majalah.
Produk Crabtree & Evelyn. Bagi peminat produk ni tentu sedia maklum keberkesanan, keharuman dan kesegarannya. Memang besh dan antara jenama produk yang Wan sangat suka.
Handbag ELLE yang bernilai RM260, promosi yang Wan tengok kat SOGO KL. Harga asalnya tak ingat pula. Tapi kebetulan memang Wan harap sangat-sangat dapat menang handbag sebelum pengumuman pemenang Cosmo bulan tu. Handbag yang selalu Wan guna pakai dah rabak. Hari-hari belasah ke mana saja, kat semua acara. Mahal macam mana sekali pun, tentu dah sampai masa boleh ranap jugak. Nak-nak empunya handbagnya sangat ganas haha...
Harajuku Lover Earphone yang unik dan cute. Harajuku Lover ni antara produk ciptaan Gwen Stefani. Penyanyi dan pereka fesyen terkenal tu. Wan memang suka koleksi Harajuku Lover ni nak-nak lagi perfume dia. Suka sangat kat rekaannya yang cute tu. Tapi setakat ni belum pernah menang lagi perfume idaman tu. Dapat earphone pun dah bersyukur sangat. Ada jugaklah hasil ciptaan Gwen Stefani kat rumah ^^
Cermin mata berjenama Just Cavalli bernilai RM850! Terkejut tengok nilai cermin mata ni sebenarnya. Rasanya harga spek ni paling tinggi antara hadiah-hadiah yang lain. Bila memakainya automatik rasa glamor macam artis! Eh? hahaha...
Perfume Tommy Hilfiger Eau De Prep GIRL for women 100ml bernilai RM240 dan Tommy Hilfiger Eau De Prep for Men 100ml. Keduanya masih dalam kondisi yang sama dengan gambar ni. Berbalut belum dicuba. Tapi Wan memang suka haruman Tommy Hilfiger. Berkenan hati waktu cuba harumannya di MidValley dulu. Sekarang sudah sepasang perfume idaman dalam simpanan :)
Kesemua hadiah ni masih elok tersimpan belum digunakan. Rasa sayang nak guna hatta untuk keperluan sendiri pun. Alhamdulillah... impian nak menang hadiah Bag It terlaksana. Rasa beruntung dengan hasil yang diterima ni. Terima kasih Cosmopolitan. Terima kasih Blu Inc :)
15 comments:
congrats!! memang ratu magz contest :) md dh give up join contest magz cosmo sbb dh lama tak menang apa2 :p
wah bestnyer..berapa sms u hantar? grats !
wow.. tahniah... best tul adiah semua menarik sangat.. :) terbaekkk!
saya cadangkan Sis tulis ebook pasal menang hadiah ni. boleh jual ebook pulak
hadiahhhh yang sangat bessssssssssh
Mama Zharfan, TQ :)
Devi, me hantar by poskad, kalau sms juz cnts2 yg xde form je me sms ^^
tQ Jassanani :)
Aduhai amirul... saya hanya comper pinggiran saja, tp TQ bnyk atas sokongan :)
tQ kak Ayu :)
tahniah.. spek tu paling mira suke
Asslmkum..
Tahniah!..memang rezeki wan ni murah tau...(^_^)
Wah...congratssssssss
Congrats Wan...best betul dapat hadiah yg mmg kita nak kan..leh bagi tips tak?
hai artis!! nak sign buleh?
Post a Comment