Nuffnang

Followers

Monday, November 26, 2012

Kindly HELP VOTE for me: From Plain to Stained! CONTEST

Mohon bantuan kawan-kawan, kenalan blog, pengunjung blog yang punya akaun facebook. Tolong vote entry Wan sempena contest From Plain to Stained! anjuran Sharpie Malaysia. Contest ni memerlukan para peserta lukis dan mewarna dengan menggunakan produk Sharpie. Berikut adalah hasil lukisan Sharpie Wan. 


Kalau link tak berfungsi, jemput copypaste link ini yeh:
https://apps.facebook.com/fromplaintostained/index.php?pg_type=single&eid=245
 
Medium yang digunakan ialah sebarang jenis fabrik. So Wan pilih kain yang membalut kotak simpanan barang atau stool box. Biasanya kita boleh jadikan stool box ni tempat duduk. Pastu kat dalamnya boleh isi macam-macam. Kotak ni boleh lipat-lipat kalau tak nak gunapakai. Kebetulan Wan memang takde bahan sesuai nak dijadikan bahan lukisan. Nyaris jugak nak ambik t.shirt lama hubby. Kenang-kenang balik, kot tiba-tiba hubby nak pakai t,shirt putih dia tu... niaya je.  Dalam dok buntu sebab tinggal berapa hari lagi contest nak tamat. Tiba-tiba jumpa kotak lama ni. Kena pula dengan kondisi kotak yang dah out betul. Terkoyak kat bahagian kepala. Ada corak-corak bunga vintage kat cover kotak. Wan kena korbankan tudung pink lama yang memang jarang dah pakai. Balut pada kepala kotak. Mujurlah ngam-ngam boleh muat! 
Seterusnya proses nak melukis. Kepala dah blur.... Apa benda nak lukis ni? Dalam termangu-mangu depan kotak dan kaler-kaler Sharpie berwarna-warni tu, datang mek Damia tunjuk youtube, my little Pony jadi hiburan. Terdetik dalam kepala nak buat carousel! Sebab carousel ni boleh design dalam bentuk bulatan. Bahagian atasnya Wan lukis seolah-olah hiasan atap carousel. Manakala badan kotak di isi dengan lukisan kuda siap dengan tiangnya. Idea sepintas lalu. Namun nak selesaikan bukan mudah. Ambil masa dua hari jugaklah nak selesaikan drawing ni. Mujurlah sempat upload design sebelum tarikh tutupnya. 
 
Dalam pada tu Wan sempat juga lukis 1 lagi entry. Tapi yang ini memang lukis sepantas yang mampu sebab last minute entry. T.shirt saiz kanak-kanak. Sempat ajak Damia jadi model. Tapi takde kamera, guna pula kamera henset. Gambar kurang sesuai nak jadikan final picture. Jemput-jemputkanlah like kan sama yeh :) Tema lukisan ini 'Dalam hati ada kamu!'.
 
Link disini: Azmya Shayfa

Kalau link tak berfungsi, jemput copypaste link ini yeh:
https://apps.facebook.com/fromplaintostained/index.php?pg_type=single&eid=245

Terima kasih banyak atas usaha dan bantuan ikhlas dari kalian. Yang pasti hanya Tuhan yang dapat membalas ganjaran amal kebaikan korang pada Wan. Doakan Wan berjaya menang mana-mana  hadiah pun takpe yeh. Doakan juga Tuhan murah rezeki buat diri kita juga, amin...


1 comment:

hazanis said...

comel giler header tu. :))