Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, November 23, 2012

Won weekly prize Yeo's Merdeka Raya Contest 2012

Syukur alhamdulillah... semalam Wan dapat panggilan yang mendebarkan. Kenapa penuh debaran? Sebab keputusan muktamad hanya boleh diketahui masa event berlangsung. Jadi tak boleh taruh harapan tinggi-tinggi. Jangan berangan banyak-banyak. Karang jadi frust pula. Wan tak boleh story panjang lebar tentangnya. Masih dalam mode kena jaga kerahsiaan. So hari ini biar Wan share kisah lain yang tak kurang juga menggembirakan hati.

Berkat pagi jumaat. Sedang sibuk bersiap di pejabat. Tiba-tiba masuk panggilan dari PIC Yeo's menyatakan Wan pemenang hadiah mingguan Yeo's Merdeka Raya Contest! Hadiahnya berupa cash sebanyak RM888.00. Syukur alhamdulillah... Rezeki yang tak disangka sebenarnya. Kenalan Wan menang 1st prize. Khabarnya pemenang grand prize dimiliki oleh peserta melayu. Bertuah badan menang RM68,888. Wan nak mimpi sangkut weekly prize pun tak mampu. Memang terpaksa send & forget sebab Wan tak confident entry seciput Wan mampu menang :) Namun kena percaya, bila ALLAH nak beri, apa pun kaedahnya tetap dapat. Rezeki dariNYA...

Wan hampir putus asa nak mencuba contest ni. Sebab contest ni berasaskan penyertaan tertinggi. Wan bukan jenis banyak POP contest ni. Apa yang ada je lah mampu disertai. Berkat tunjuk ajar kenalan yang arif, sedikit pengalaman dan usaha, Wan sertai juga peraduan ni. Alhamdulillah... sangkut penyertaan Wan. Tak terucapkan rasa bertuahnya. Syukur padaNYA...

Terima kasih pada penganjur contest, Yeo's Malaysia!

2 comments: