Nuffnang

Followers

Tuesday, December 11, 2012

Durian Creepe yang... so so je beshnya pada aku hahaha

Kala orang lain dah berbulan merasa durian creepe. Aku baru dapat mencuba 2 ulas semalam. Perabih RM10 untuk 4 ulas bahagi dengan hubby. Damia memang tak suka makan durian. Dia bau je dah tersengih-sengih tak mahu. Tah kenapa. Tak masuk dek tekaknya gamaknya.

Komen aku? Ala.... macam makan isi durian tapi salut dengan tepung je. Keterujaan aku susut 10% sesuap memakannya. Tengokkan isinya memang mengamit kecur liur. Tapi bagi orang yang bukan penggemar durian macam aku ni, macam takde apa-apa sangatlah. So so je. Macam selalu... kalau libatkan buah durian ni. Aku macam... ada takpe, takde pun takpe. Tak beria sangat nak melantak. Biasanya kalau kat kampung buah durian dah mula meranum, mak abah mesti ajak balik, pekena durian. Tapi dek kerana aku kurang selera sangat bab-bab durian ni. Takdelah rasa excited sangat kalau nak balik demi durian semata-mata haha...

Pernah dalam 2 minggu lepas sebelum datang ke Kuala Lumpur, mak bagitau nak bawa isi durian. Bubuh dalam tupperware sebab senang nak bawa, katanya. Sebabkan mak datang naik bas dengan kakak, aku pesan kat mak awal-awal. Jangan bawa. Nanti driver bas buang je sebab penumpang tak tahan bau durian dalam air cond. 

Alangkan orang bawa masuk bubur durian dalam pejabat berhawa dingin pun boleh mengundang pening orang lain. Apa lagi bawa untuk travel jauh dan selama 5jam! Pernah sekali aku tengok, pemandu buang je buah durian tepi jalan. Kesian tengok muka pakcik makcik pemilik durian tu. Frust je bila tengok habuan nak bagi pada anak-anak terbuang gitu je tepi jalan. Jadi rezeki terpijaklah pada sesiapa yang terjumpa durian tu. Tapi agak kejamlah juga sikap pemandu tu. Tak cakap sepatah, berhenti tepi jalan, buka bonet bas, amik selonggok durian, terus buang. Sekurang-kurangnya ucaplah maaf, saya terpaksa buang sebab nak jaga keselesaan penumpang lagi. Takdelah ralat sangat kot kan... Ikutkan pakcik tu memanglah salah. Mana boleh bawa makanan berbau dalam bas kan... Sebab tu bila mak cadang nak bawa tu, aku pesan awal-awal. Jangan bawa. Karang jadi makanan lara je. Terbuang tepi jalan. Sayanglahkan...

Sadisnya, mak kata.... kebetulan dorang naik bas dengan rombongan warga Pakistan. Duhai... pening kepala dengan pelbagai aroma semulajadi. Sebab majoriti penumpang hari tu dari kaum dorang kan...  Lalu aku pun cakap kat mak, "kalau mak bawa durian tu, memang pemandu pun tak perasan gamaknya ahahahah".


2 comments:

AzianKhalil said...

ish kesiannya kat pakcik tu...tp rasanya drebar bas tu yg pening sampai takleh bawak bas kot...tu yg dia buang tu

Ibu Aqmar said...

saye suka dorian..tp xbrapa suka durian crepe tu. muak lagi ado..

hahaha...tah2 bau dorian lagi sedap dr waga pakistan tu yer..