Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, December 11, 2012

Leko-leko... Soooo nyummeh!

Ok, tak habis lagi yeh pasal makanan. Harini dok preview cerita pasal makanan pulak. Al maklum, ada yang komplen. "Blog Wansteddy makin boringlah..... Asyik-asyik cerita pasal hadiah je... Ptui!" Yang efek ludah tu aku tambah sendiri, bagi drama sikit! hahahaha....

Kali ni pasal makanan yang bernama Leko-leko. Aku pun baru tau nama benda alah ni Leko-leko. Siap ada francais lagi! Keropok lekor berasal dari Terengganu, sangat istimewa. Sebab apa? sebab kat atasnya disiram dengan nikmat cheezy yang yummy, lazat lagi berkrimm...... nyum! Sekali cuba rasa nak lagi. Serius! Kalahlah cheesy wedges KFC tu.... Yang ini lagi sedap. Sebab nikmat terasa resipi timur barat dalam 1 bekas! Aku lupa harga sebenar. Tapi yang medium anggaran RM5 ke bawah kot.

Pertama kali mencuba aku beli kat stall Leko-leko yang terletak bersebelahan dengan Mydin Presint 15, Putrajaya. Ok aku mengaku, terpengaruh. Semua ni gara-gara Cik Sheeda aka member facebook yang minggu-minggu publish status penuh mengiurkan. Gambar kopok lekor bersalut cheese yang tampak mengiurkan. Sekali dua bolehlah lagi aku tahan napesu. Dah minggu-minggu...... ibarat kucing nampak ikan sepingganlah weh! Keinginan nak mencuba tu akhirnya membuahkan hasil bila aku akhirnya jumpa kedai Leko-leko ni. Kot tak buntu jugak, mana nak carik.

Bagi geng yang teringin tapi susah nak cari kedainya boleh surf laman Leko-leko kat sini: http://www.leko-leko.com/http://www.leko-leko.com/. Kat facebook pun ada namanya. Boleh cuba cari nama ini: Lekolekofc FansKlub. Kena add friendlah yeh. 

Tingin nak merasa lagi.   
Tunggu petang-petang sikit,  bodek mr hubby g presint 15! 
Yehehehe...

2 comments:

karipapsayur said...

ha betol lah. haku 1st tim try ms ekspo MAHA 2010 dulu. tp kna mkn pnas2. sejuk hauk rasanya

Wansteddy Tales said...

sodap woh... nk2 time hujan, pekena dgn kopi O.... pergh!