Sana sini orang perempuan mula bercakap pasal fesyen Peplum. Walhal fesyen ni zaman dedolu punya. Tapi era 50-an, 60-an dorang panggil kebaya kembang atau baju kembang. Sekarang, zaman dah moden, nama pun mesti gorjes juga. Peplum. Menarik ek.
1st peplum aku beli dengan butik Mango kat Alamanda. RM135 sehelai. Tanpa kain yeh. Mahal? Yepppppp, mahal... Sapa suruh menggatal beli kat butik dalam mall? Sebab aku tak reti nak beli kat mana lagi. Kes desperate sebab nak attend event Audrey lepas. Al maklum PIC kata, "pakai lawa-lawa ya, kalau you menang nanti kita ambil gambar and you kena interview dengan reporter". Aku yang lurus bendul ni, percaya pakaian cantik-cantik datangnya dari kedai. Kena baju jenis yang berbau kedai. Kalau pakai baju lama tak rasa cantik. Rasa xsesuai sebab baju lusuh, walhal pakai sekali sekala je pun hahahha.... Kes nak perhabis duit je tu! Cisss....
Aku tertarik sangat dengan Kak Roslida yang bergaya cantik dengan Peplumnya sempena event Glam. Tapi aku rasa mesti Kak Ida pakai baju set yang ditempah khas. Aku pula terkial-kial nak cari baju dan kain berasingan. Sebab biasanya Peplum ni tak disediakan dengan kainnya. Pandai-pandailah ko nak pakai dengan kain duyung ke, seluar pallazo ke atau kain batik ke. Mana-mana yang kita rasa cantik dan serasi. Dek kerana gaun berenda yang aku suka sangat (kat Parkson) cuma ada saiz besar (M). Terpaksalah aku abaikan bab kain. Pikir masak-masak rasanya takde masalah nak recycle pakai kain baju kurung moden aku. Nampak macam 1 sut pula bila dipadankan. Heheh... Hasilnya.... beginilah fesyen segera yang dapat aku gayakan sempena event Audrey lepas. Kredit pada Miss Kelly dan Miss Ruby atas gambar mereka.
Zoom dekat
Full picca: Kredit to Kelly pemilik blog Miss SunShine ^^
Member opis aku jual Peplum secara online. Sekarang katanya tengah buat promosi giler-giler sampai 18hb ni. So kalau korang pun berminat nak memakai peplum, bolehlah order dengan Zureen. Cuma klik like page: Zureen On9 Shoppe. Antara fav peplum design yang aku suka macam gambar kat atas sekali. Ada manik, ada lace, ada gaun. Kaler pun sweet je.
Cun kan... Walhal dah ada tu peplum MANGO hitam, aku order lagi dengan zureen design yang ini dengan kaler hitam jugak. Warna bercirikan keselamatan. Bagi melindungi efek tembam di bahagian lengan dan perutku. Mode menghitung hari, tunggu my peplum oder sampai hujung bulan nanti! Hahahah... Kes tamak kesumat!
11 comments:
Peplum kat Aussie ni byk sentot2. so, x de nafsu lg beli.hehe
peplum ni lebih kurang mcm dress dlm my existing collection ajer--tak tau pun istilah ni seblm ni hehhhe
isabelle frankly ~ suka tgk design dr korea atau jepun. Ada yg labuh di belakang depannya pendek. so dpt cover muntot gitu. Blm jumpa lagi org malaysia jual online fesyen gitu ^^
Mama Zharfan ~ iyelah kak suzi, act kita dah lama pakai pn fesyen ni. tapi xtau rupanya baju jenis2 ni ada nama hehe... yg wn tau baju kurung moden je.
owh..inikah peplum? baru ku tahu...
Cantik... sweet n murah jugak harganya.. kalo kat org lain mahal2... ;)
arini pon saya ada up tajuk peplum hot plak topik peplum hahha
serius sangat cantikkk
Nafisa81 ~ biasanya kita panggil baju kembang je kan ^^
SunsuRia ~ wan pn baru tahu kawan ni jual peplum, kot tak order kat dia je. lagi murah ^^
Nana ~ dah jadi F-iral dah ni Fashion + virus = memandai je den buat ayat baru! hahhah
cantikla..nak ade satu gakla..huhuhu
Post a Comment