Untuk vote jemput klik link kat sini:
Kalau link tak dapat proses dengan baik,
jemput copy paste link di bawah yeh:
https://www.facebook.com/MyShuUemura?sk=app_408885932511568&app_data=%2Fapp%2F5312%2FMY%2Ftemplates%2Fphoto%3Fphoto_id%3D46992
Hari ini hari terakhir untuk raih undi The mon shu girl drawing contest! . Sebenarnya ini bukan cabaran pertama join contest jenis vote ni. Banyak kali juga pernah join, tapi peluang untuk menang tu sangaaaaaat tipis. Macam mana pun Wan join juga kalau berminat nak mencuba. Tambah-tambah lagi bila mood melukis tengah ada. Wan memang suka lukis kartun perempuan. Rasa puas bila dapat siapkan sesebuah lukisan tu.
Pada yang masih belum vote, Wan mohon jasa baik kalian tolong vote entry Wan. Peraduan ini akan tamat pada hari ini. Jadi sebarang vote juga hanya boleh dihantar sehingga hari ini. Tiada paksaan. Bila terlalu menggesa orang tak suka. Jadi tak berkat pula rezeki aku nanti hahaha.... Wan anggap bantuan korang ibarat pahala sedekah yang kalian beri pada Wan.
Apa pun keputusannya kena akur. Sebab dah tunaikan bahagian Wan. Berusaha siapkan full drawing, usaha gather vote hari-hari. Siap private message kengkawan facebook lagi! Ada yang baik hati siap tolong vote guna akaun FB famili! Memang tidak disangka-sangka dan terharu sangat!!! Ada yang nampak dan abaikan. Wan fahamlah kalau ada yang ada masalah tak dapat vote, sebab contest ni guna aplikasi facebook. So agak susah nak vote jika guna henset ^^ No worries! Tak amik hati pun. Korang sudi jawab my PM pun rasa terharu jugak ><
Wan sertai peraduan ni sebab minat melukis. Dan menjadi satu penghargaan besar bagi Wan bila kawan-kawan vote untuk Wan, seolah-olah kalian hargai lukisan Wan. Itulah satu-satunya hadiah yang paling Wan harapkan.
Wan sertai peraduan ni sebab minat melukis. Dan menjadi satu penghargaan besar bagi Wan bila kawan-kawan vote untuk Wan, seolah-olah kalian hargai lukisan Wan. Itulah satu-satunya hadiah yang paling Wan harapkan.
Terima kasih atas budi baik kalian :)
ps; Sebenarnya ada kisah lain sebalik kejadian dengan contest ni. Nantilah bila hati lapang Wan ceritakan. Bagi kenalan facebook mungkin dorang dah tahu. Kes semalam. tapi alhamdulillah dah setel. Memang bagus betul penganjur Shu Uemura Malaysia yang pantas ambil tindakan :)
2 comments:
undi ke 161 setakat ini. Good luck!!
sorang berapa kali boleh vote ni wan?..
Post a Comment