Nuffnang

Followers

Friday, January 18, 2013

Mohon bantuan semua: Doakanlah segala kebaikan buat anakanda Muhammad Alif Syazmi bin Zamre

Lama aku termenung nak menaip bait-bait ayat karangan kali ini. Rasanya setiap patah yang ingin ditulis, bagaikan bongkahan batu yang menimpa kepala. Menjerat leher lantas membuatkanku terkedu. Perasaan syahdu dan sedih menambat hati. Dengan sedikit desakan, aku karangkan juga sebingkis kisah tentang Alif. Aku harapkan pembaca blog ini dapat luangkan sedikit masa. Sampaikan doa buat anak kecil yang comel ini.

Muhammad Alif Syazmi bin Zamre, anakanda bongsu kenalanku Anida. Alif sedang kritikal. Anak ini koma kerana rotavirus telah menyerang otaknya. Pada 14 Januari lepas, Alif cirit birit dan dimasukkan ke hospital. Masuk hari kedua, tiba-tiba Alif demam panas yang mendadak. Bacaan suhu badannya mencecah 42 darjah! Subhanallah... Tuhan sahaja yang tahu hati seorang ibu. Luluh melihatkan anak yang diserang sawan secara tiba-tiba, hampir tidak mengenali keluarganya sendiri. Ya Allah... syahdu hati kenangkan nasip anak kecil ini.

Ini luahan rasa seorang ibu. Aku petik dari laman facebook Anida:

"Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu."

Hari ini 18 Januari, Alif memerlukan sokongan tambahan darah. Syukur alhamdulillah... ada penderma yang sudi membantu dermakan platelet darah buat bekalan Alif. Semoga jasa dan pengorbanan anda diberkati dan diberikan ganjaran besar oleh Allah SWT. Kiranya rezeki buat Alif dan bondanya, kerana telah sedia ada rakan-rakan yang ingin membantu. In Sya Allah, akan dipermudahkanNYA.

Kepada rakan-rakan kenalanku, tolong doakan Alif kembali pulih. Semoga sebarang ubat-ubatan yang diberikan doktor serasi dan berkesan kepada Alif. Jika tidak mampu sedekahkan dapat bentuk wang ringgit, sedekahkanlah al Fatihah beserta doa agar Alif kembali pulih seperti sediakala. Lebih baik sedekahkan bacaan Yassin. Dan lebih afdal jika tunaikan solat hajat agar doa-doa kita semua diperkenankanNYA lebih cepat. Doa-doa orang beriman pasti mendapat tempat disisiNYA. Semoga ada dikalangan doa-doa kita diperkenankan ALLAH.

Semoga anakanda  Muhammad Alif Syazmi bin Zamre kembali pulih seperti sediakala, amin....

7 comments:

Ezna Khalili said...

speechless :-(

kakyongnida said...

semoga alif cepat sembuh dan dapat jalani hidup macam kanak2 lain. sedih sangat bila tgk baby mcm ni

Wonderful Life with Mary Kay said...

Moga Aif dpt sembuh seperti sedia kala..Inshaa Allah

Mama Zharfan284 said...

:( :( sedey..Allah jua yg mampu menyembuhkan Alif...amiin

Ct LiShamar said...

speechless :(...

Unknown said...

Ya Allah sebaknya dada bila membaca anak kecil yg sihat tiba-tiba di uji dengan ujian seperti ini...

Semoga semangat Alif kuat dan dapat kembali sembuh seperti sediakala dengan izin Allah...aamiin.

Nidza Ahmed said...

Semoga anak ini kembali sihat.
Anak saya pun pernah kena seperti ini...

semoga anida tabah dan kuat semangat...